Polis kini sedang mengesan penerbit dan pelakon yang terlibat dalam video raya tular di mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan ‘duit raya’.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat asal usul video berkenaan.
Menurut beliau, isi kandungan video ini didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangan kegusaran awam.
BACA: "Untung Nasib Berjaya, Tak Ada Duit Beraya Boleh Cuci" - Iklan Raya Promote Judi Menghina Agama?
“Justeru itu, kita akan kesan mereka yang terlibat untuk diambil keterangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 (1)(g) Akta Judi Rumah Terbuka.
“PDRM juga akan menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Acryl Sani mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam.
BACA: "Kurang Ajar & Memalukan" - Ashraf Muslim Kesal Iklan Raya Promosi Judi Online, Gesa Kenakan Tindakan Tegas!
Terdahulu, tular klip video lagu raya berdurasi lebih dua minit yang memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.
Liriknya video berkenaan menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan duit.
Video tersebut turut memaparkan kandungan menarik minat orang ramai mencuba permainan itu untuk mencari duit raya.
Iklan berkenaan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak susah hati dengan perbelanjaan menjelang sambutan Aidilfitri lebih tiga minggu lagi.
Sumber: Utusan Malaysia
Azwa Rahman
Fri Apr 16 2021
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu