,
Berita

Polis Minta Bantuan Kesan Mohd Ridzlan, Hilang Sejak 12 Ogos

Gempak
20/08/2024
06:39 MYT
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di daerah ini.

Hilang Sejak 12 Ogos

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, Mohd Ridzlan Ahmad, 43, tinggal di Kampung Masjid Lama, Batu Hampar keluar rumah pada 12 Ogos lalu.

"Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan lelaki tersebut pada 16 Ogos lepas yang mana fizikalnya dia berketinggian 160 sentimeter, berambut pendek dan berkulit cerah.

"Dia mempunyai penyakit kulit vitiligo. Kali terakhir isterinya melihat suaminya itu di hentian bas Rembau selepas diminta dihantar ke lokasi berkenaan untuk menemani rakannya ke Kelantan," katanya ketika mengesahkan laporan pada Selasa.

BERITA TRENDING: Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham

BERITA TRENDING: Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Selepas Hilang Sejak Jumaat

BERITA TRENDING: Disangka Hilang, Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

BERITA TRENDING: Video Sahabat Baik Menangis Depan Pusara Nur Farah Kartini Undang Rasa Sebak - “Sedihnya, Hilang Kawan Yang Sentiasa Bersama…”

Justeru katanya,orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Mohd Rizdlan atau berkaitan diminta menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.
"Boleh juga menghubungi pegawai penyiasat kes SM Saawal Alias di talian 013-6077326 bagi membantu siasatan," katanya.
Sumber: AWANI/Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.