Polis mengesahkan pelakon Korea, Cha In Ha ditemui meninggal dunia dikediamannya sebentar hari ini.

Bagaimanapun punca kematiannya masih lagi dalam siasatan.

Dalam pada itu agensi In Ha, Fantagio tampil memberikan kenyataan mengenai insiden tersebut dan berharap tiada pihak menyebarkan infomasi yang tidak sahih.

“Hello ini adalah Fantagio, dengan berat hati kami ingin mengumumkan berita yang menyedihkan…

“Pelakon Cha In Ha telah meninggalkan kita semua pada 3 Disember 2019. Kami berasa sangat-sangat berat hati untuk menyampaikan berita sedih ini kepada semua orang yang telah menyokong dan memberikan kasih sayang kepada In Ha sehingga kini.

“Kami masih lagi berasa agak sukar untuk mempercayai berita yang disampaikan ini. Kami dengan berharap sangat agar tidak ada sebarang khabar angin atau spekulasi yang tidak benar dibuat atau dihebahkan kepada orang ramai sebagai tanda menghormati keluarga mendiang yang kini berada dalam kesedihan.

“Mereka mengalami kesedihan yang lebih besar berbanding orang lain disebabkan berita mengejut ini.

“Seperti mana yang diminta oleh pihak keluarganya, maka pengebumian In Ha akan dilakukan secara privasi,” jelas wakilnya.

BACA: Tak Sampai 24 Jam Kongsi Foto Minum Kopi, Pelakon Korea Ditemui Mati

Terdahulu, Cha In Ha pernah membintangi drama Korea antaranya Temperature of Love, Wok of Love, Clean with Passion for Now, and The Banker.

Manakala drama terbaru yang sedang ditayangkan di MBC adalah Love With Flaws.