Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Polis Siasat Pemilik Akaun X 'Syedewa' Kerana Mengaibkan Imej Polis

Ainun
09/08/2024 08:55 MYT
Polis menyiasat seorang pemilik akaun media sosial X kerana disyaki membuat hantaran yang mengaibkan imej anggota trafik polis yang sedang bertugas menjalankan sekatan jalan raya di Damansara Damai, Petaling Jaya pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata siasatan dilakukan terhadap akaun yang menggunakan nama 'Syedewa' selepas aduan mengenai hantaran yang telah viral itu diterima pagi semalam.

"Polis sedang mengesan pemilik akaun berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi berkaitan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

BERITA TRENDING: PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

BERITA TRENDING: Dikatakan Mirip, Agy Dedah Tidak Mempunyai Pertalian Saudara Dengan Reen Rahim

BERITA TRENDING: Bapa 77 Tahun Menang RM23.3 Juta, Hadiahkan Kesemua Wang Kepada Anak-Anak

BERITA TRENDING: Hampir Sebulan Di Hospital, Tam Spider Kongsi Keadaan Terkini Napie Spider - “Dia Pun Masih Sangat Lemah Sebab Pembedahan Melibatkan…”


Shahrulnizam turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam penyebaran berita yang tidak pasti.

Sumber: BERNAMA menerusi Astro Awani

#Polis #Imej #SYEDDEWA