Hiburan

Polis Terima 6 Laporan Paderi Korea Cabul Kehormatan 5 OKU Tempatan!

gempak
Hanafis Haris
18/12/2020
01:34 MYT
Sponsor Banner
Polis Terima 6 Laporan Paderi Korea Cabul Kehormatan 5 OKU Tempatan!
Sebanyak enam laporan diterima pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan seorang paderi warga Korea yang didakwa mencabul lima lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu, bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, lima kertas siasatan dibuka di Pulau Pinang.

Manakala satu lagi kertas siasatan dibuka di Selangor berhubung penglibatan suspek lelaki itu dalam kes cabul.

Menurut laporan diterima kejadian didakwa berlaku antara 2011 dan 2016.

“Suspek berumur 54 tahun itu kini direman enam hari sejak 13 Disember bersabit laporan polis di Petaling Jaya, Selangor untuk siasatan lanjut.

“Suspek sebelum ini direman dari 24 hingga 30 Nov lepas susulan laporan dibuat OKU berumur antara 27 dan 40 tahun, yang lambat membuat laporan berhubung kejadian menimpa mereka,” katanya.

Difahamkan, menurut laporan Bernama pada 24 Nov lepas, polis menahan seorang paderi warga Korea bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan beberapa mangsa lelaki OKU di Pulau Pinang.

Suspek yang juga seorang OKU ditahan di sebuah gereja di Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam, 23 November lepas susulan laporan polis diterima termasuk daripada beberapa mangsa di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Sumber : Bernama Gambar : Astro Awani

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024