Skip to main content

Budaya Popular

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

astro_gempak_hukum-rujuk-tanpa-persetujuan-isteri.png

Menjawab persoalan tersebut, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi tulisannya dalam Buku Dr Zulkifli menjelaskan tindakan rujuk tanpa pengetahuan isteri adalah sah.

Disebutkan di dalam Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah bahawa jumhur fuqaha’ mengatakan bahawasanya hukum memberitahu isteri bahawa dia telah dirujuk adalah sunat. Hal ini kerana pemberitahuan tersebut boleh meredakan persengketaan yang berlaku antara pasangan suami isteri. 

‘Andai Tiada Dia’ mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. 
 
Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.
 
Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.
 
Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Must-Watch Video

Advertisement