Laman Utama
"Polis Yang Saman Menyaman Ni Dah Boleh Bertindak Pakai Logik Akal" - Mimi Lana
Pelakon Mimi Lana, 26, tampil bersuara mengenai tindakan anggota polis yang bertindak mengenakan kompaun RM50,000 kepada dua orang peniaga yang berbeza perniagaan.
Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin akur dengan tanggungjawab penguat kuasa menjalankan tugas.
Bagaimanapun, dia tertanya sama ada pegawai tersebut terfikir jumlah yang tinggi itu mampu dibayar tak oleh peniaga kecil yang hanya mencari duit untuk kelangsungan hidup.
"Faham sangat polis buat kerja, ikut undang undang. Tapi sebagai seorang manusia, polis yang menyaman tu tak akan tak ada terfikir atau terdetik rasa dekat hati mampu ke peniaga kecil macam tu bayar sampai RM50,000 dengan situasi macam ni?" tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, sebentar tadi.
Dalam pada itu, pelakon filem Pusaka berharap agar anggota terbabit lebih berfikiran waras sebelum membuat sebarang tindakan.
"Polis yang saman menyaman ni dah boleh bertindak pakai logik akal kot . Bak kata Hang Tuah kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar," tulisnya lagi.