Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Popular Buat Robbie William Alami Kemurungan, Kelar Tangan Untuk Mati

Maliah Surip
02/11/2023 13:50 MYT
Mengecap populariti seawal usia 16 tahun memberi impak yang cukup besar buat Robbie William.

Penyanyi itu pada usia remajanya cukup digilai menerusi kumpulan Take That. Namun bersama Take That yang membawa kemahsyuran dan kemewahan dalam dirinya ternyata tidak memberi kesihatan mental yang baik.

Dunia popular atau menjadi terkenal di seluruh dunia sempat membuat William lupa diri sehingga kecanduan dadah dan alkohol. Pada masa sama, oleh kerana terlalu popular terutama pada usia remaja, William kini berdepan situasi hidup yang mencengkam.

“Tidak ada yang lebih baik daripada mengambil pisau lalu menggelar tangan. Saya lakukan itu,” dedah William kepada The Mirror.



William, 49, berkongsi kisah kesihatan mentalnya yang teruk di sebalik populariti yang dikecapi selama lebih dua dekad bersempena dengan dokumentari miliknya yang bakal tayang di Netflix.

Selain pernah menggelar tangan untuk mati, William juga mengaku kecanduan yang sangat teruk terhadap ubat-ubat terlarang.

“Saya pernah mengambil pelbagai jenis pil, pelbagai jenis alkohol dan pernah tidak tidur enam malam bersama seseorang yang berurusan untuk mendapatkan dadah untuk saya.

“Saya fikir boleh mendapat kekuatan yang lebih daripada pengambilan semua itu. Ternyata itu adalah jalan paling pantas untuk mati,” dedahnya lagi.

Dia kini masih bergelut dengan masalah kesihatan mental terutama Anxiety dan kemurugan namun sudah mampu untuk membantu dirinya pergi mendapatkan rawatan.

BERITA TRENDING: Robbie Williams Dakwa Jadi Sasaran Pembunuh Upahan

PILIHAN PEMBACA: Alami Agoraphobia Selama Tiga Tahun, Robbie Williams Pilih Sofa Ketimbang 15 Juta Poundsterling dan...​


#Viral #Hollywood #Depresi #Mati #Kemurungan #Kelar Tangan #Robbie William
;