Laman Utama
Robbie Williams Dakwa Jadi Sasaran Pembunuh Upahan
Penyanyi Robbie Williams mendedahkan dirinya hampir menjadi mangsa pembunuh upahan sewaktu zaman kegemilangannya dahulu.
Robbie mendakwa dirinya bagaimanapun bernasib baik selepas menerima bantuan daripada seorang rakan yang menyelamatkannya dari situasi ngeri itu.
“Saya tidak pernah membuka cerita ini, tapi saya pernah menjadi sasaran dari pembunuh upahan.
“Ia terjadi pada zaman kegemilangan saya dahulu, namun seorang rakan berjaya mengawal situasi tersebut. Itulah perkara tersorok yang terjadi apabila kita popular,” kata Robbie kepada Mirror.
Oleh yang demikian, penyanyi berusia 47 tahun ini mendakwa masalah kesihatan mental termasuk Anxiety dan kemurungan yang melanda dirinya bertambah teruk.
Dia mengatakan semakin takut bertemu orang, apa lagi jika ia adalah individu yang tidak dikenali.
“Kegemilangan yang terlalu ‘besar’ telah bertemu dengan Anxiety dan kemurungan dan membuat masalah kesihatan mental saya semakin teruk.
“Saya mengalami masalah ini beberapa kali dan terakhir, saya harus menerimanya. Saya perlu terima yang dunia popular telah mengambil privasi kehidupan saya.
“Saya cuba berlagak seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Saya perlu menerima sebagai selebriti memang ada banyak individu tidak dikenali ingin bertemu saya. Saya cuba belajar menerimanya,” luah pelantun The Angels ini lagi.
Kredit Foto: Mirror
Must-Watch Video