Hiburan
Populariti Bukan Platfom Mudah Untuk Berniaga - Ziana Zain
Penyanyi Ziana Zain berpendapat populariti bukanlah satu platfom mudah bagi seorang selebriti untuk memulakan perniagaan.
Ziana atau Siti Roziana Zain, 49, berkata, selebriti harus mempelajari mengenai bisnes dan melalui laluan yang sukar untuk memulakan sesebuah perniagaan.
"Macam saya sendiri yang terlibat dengan perniagaan tudung, saya lakukan sendiri pemilihan material, warna, corak, jahitan, jualan mahupun promosi yang dilakukan.
"Ini kerana bagi saya ia bukan jalan yang mudah untuk memulakan sebarang perniagaan meskipun nama saya telah dikenali oleh orang di luar sana.
"Platfom sebagai selebriti merupakan sabagai satu kelebihan tetapi mereka juga harus untuk mempelajari tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan serta menguruskannya sejak dari awal.
"Memang ada orang kata letak sahaja produk label Ziana Zain pasti orang beli namun ia bukanlah mudah seperti diperkatakan kerana nama sahaja tak cukup jika ia tidak melalui proses yang betul," katanya.
Ziana ditemui pada majlis pelancaran portal beli-belah Section 1 yang diadakan di White Box, Publika di sini pada Selasa.
Menurut Ziana lagi, dia sudah mula melancarkan koleksi tudung jenis shawl dan skaf sejak bulan September 2016.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video