Populariti Meroket, Jung Ho Yeon Kini Bergelar Duta Global Louis Vuitton
Izwan Isa
07/10/2021 13:55 MYT
07/10/2021 13:55 MYT
Nampaknya keberadaan Jung Ho Yeon dalam industri hiburan semakin dipandang tinggi. Baru sahaja meraih gelaran sebagai pelakon Korea dengan pengikut paling banyak di Instagram (15.7 juta pengikut ketika artikel ini ditulis), aktres yang memegang watak sebagai Kang Sae Byeok menerusi drama Squid Game itu kini dilantik sebagai duta global jenama pakaian mewah, Louis Vuitton.
Pelantikan Ho Yeon, 27, sebagai duta global Louis Vuitton itu meliputi tiga rangkaian utama jenama berkenaan iaitu fesyen, jam tangan dan barang kemas.
Memetik laporan HypeBeast, Pengarah Kreatif Louis Vuitton, Nicolas Ghesquière berkata: “Saya langsung jatuh cinta dengan bakat dan keperibadian hebat Ho Yeon, dan saya tidak sabar untuk memulakan bab baru perjalanan yang telah kami mulakan di Louis Vuitton beberapa tahun yang lalu,” katanya.
BACA: Fenomena Squid Game, Jung Ho Yeon Pegang Rekod Artis Korea Paling Ramai Pengikut Di Instagram
Menerusi kempen tersebut, Ho Yeon dilihat mengenakan sepasang kasut sarung, kot berona putih dengan perincian emas dan tas tangan Twist baharu Louis Vuitton.
Dalam pada itu, menerusi temu bual bersama Soompi, Ho Yeon berkata, pelantikan tersebut merupakan satu penghormatan buatnya yang baru memulakan karier sebagai pelakon.
“Selepas pernah bekerja dengan Louis Vuitton sebelum ini dan ia menjadi satu penghormatan buat saya untuk memulakan karier sebagai pelakon bersama mereka. Saya sentiasa menantikan setiap momen yang bakal saya lalui sebagai duta global Louis Vuitton,” ujar Ho Yeon.
Karier Ho-Yeon bermula di industri fesyen dan bergelar model untuk Louis Vuitton untuk kempen siap pakai pada tahun 2016.
Selain itu, Ho Yeon juga pernah berjalan untuk beberapa jenama fesyen mewah lain termasuklah Chanel, Miu Miu, Missoni, Emilio Pucci, Lanvin, Dolce & Gabbana dan Bottega Veneta.