Viral
Pos Malaysia Nak Jumpa Datuk Fizz Fairuz?
Pelakon Datuk Fizz Fairuz, mengucapkan terima kasih kepada Pos Malaysia kerana telah memberi maklum balas segera dan positif kepadanya.
Fizz Fairuz pada Selasa, telah memuat naik ‘teguran lembut’ kepada Pos Malaysia selepas beberapa kali pelanggan ‘Sambal Mak Nenek’ mengadu menerima balang sambal tersebut rosak dan pecah.
“Alhamdulillah, telah mendapat ‘feedback’ yang baik daripada Pos Malaysia. Terima kasih Pos Malaysia, mereka akan bertemu dengan saya untuk kita memberi pendapat.
“Insya-Allah kita akan berjumpa dalam waktu terdekat ini untuk kita selesaikan masalah-masalah kawan-kawan lain di luar sana.
“Saya sekadar membantu mana-mana yang boleh,” katanya menerusi sebuah posting video yang dimuat naik pagi Khamis.
Menurut Fizz, dia menerima mesej peribadi menerusi ‘direct message’ daripada Pos Malaysia yang menggunakan akaun @pos4u.
Tambah pelakon Jodoh-Jodoh Anissa itu lagi, dia berharap agar perkara ini dapat diselesaikan serta isu seumpama ini tidak lagi timbul pada masa hadapan.
“Saya akan berhubung dengan dia (penghantar mesej) dan bertemu untuk memberi pendapat-pendapat yang bernas,” katanya.