Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pose Gaya Melentik, Imej Seksi Mawar Rashid Dikritik - “Nampak Macam Tak Normal”

Khairil Khusyairi
25/10/2024 00:54 MYT
Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sebuah video baru-baru ini.

Imej Seksi Undang Perhatian

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Mawar atau nama sebenarnya Wan Shahputri Wan Abdul Rashid, 30, memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya ketika bercuti di pulau peranginan Bali, Indonesia.

Dalam video tersebut, Mawar mengenakan busana berwarna merah jambu sambil membuat pose di balkoni hotel.

Netizen Kritik

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila aktres tersebut mengenakan busana yang mendedahkan bahagian dadanya.

Rata-ratannya tampil mengkritik penampilan bekas isteri kepada usahawan, Raff Yaakob itu dengan menyifatkan busana tersebut tidak sesuai digayakan memandangkan dia adalah seorang wanita beragama Islam.

Malah, ada juga yang tergamam melihat perubahan yang dialami Mawar selepas berdepan episod perpisahan rumah tangga.

Selain itu, ada juga yang turut mendoakan Mawar berubah dan mendoakan sentiasa mendapat reda Allah.

“Nampak macam tak normal” tulis netizen.

“Ni yang dia nak, dengan cara ni anxiety bole hilang. Moga mendapat hidayah,” komen netizen.

“Pulak dah Mawar Rashid apa dah jadi?,” komen netizen.

“Kenapa makin hari makin meminta puan Mawar?,” komen netizen lagi.

“Astagfirullahalazim...semoga suatu hari nanti berubah mjadi lebih terbaik,” doa netizen.

Terdahulu, Mawar pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini

Untuk rekod, Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 2017 namun bercerai pada November 2023 atas dasar tiada lagi persefahaman.

Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 11 bulan.

#pelakon #Netizen #Mawar Rashid #Seksi #Kecam #Imej #Penampilan #Kritik #Melentik
;