Penyanyi Sharifah Zarina memohon para peminat mendoakan Fazli Zainal yang disahkan positif Covid-19.

Menurut Sharifah Zarina, sahabatnya itu dikejarkan ke Hospital Ampang selepas tahap oksigen dalam badan menurun kepada 75 peratus hari ini.

Katanya lagi, keadaan tersebut menyebabkan Fazli memerlukan bantuan pernafasan.

“Mohon doa kalian buat sahabat artis Fazli Zainal. Beliau dibawa KKM ke Hospital Ampang.

“Oksigen levelnya dah drop ke 75 dan perlukan bantuan oksigen. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha menyembuhkan,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Difahamkan Fazli telah menjalani ujian calitan semalam sebelum disahkan positif Covid-19 hari ini.

A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official)