Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Positif COVID 19, Hilary Duff Tak Takut Dijangkiti Varian Delta

Maliah Surip
24/08/2021 13:45 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Hilary Duff mengumumkan dirinya telah positif COVID 19 baru baru ini.

Menerusi pengakuan yang dibuat di media sosialnya, Duff juga mendakwa dia mendapat virus dari jenis varian Delta. Varian Delta didakwa sebagai salah satu varian yang boleh merebak dengan pantas iaitu hanya 15 saat kepada pesakit.

"Varian Delta ini sangat jahat. Simptom; sakit kepala yang sangat teruk, tidak boleh merasa makanan atau bau. Dan tekanan sinus juga," tulis Duff dalam Insta Storynya.

Dalam kemas kini yang sama, Duff bagaimanapun mengaku berasa selamat kerana telah melengkapkan pengambilan suntikan vaksin.

"Tapi saya bersyukur kerana sudah mengambil vaksin," tulisnya lagi seperti dilaporkan Billboard.



Duff kini dikatakan masih positif virus tersebut dan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.

Ironi, beberapa hari sebelum memaklumkan dirinya dijangkiti COVID 19, Duff telah memberi khabar tentang projek terbaharunya.

Dia sempat berkongsi beberapa foto dirinya yang terbabit dengan spin off How I Met Your Mother yang berjudul How I Met Your Father.

Sebelum ini, pelakon Mellisa Joan Hart juga mengaku telah dijangkiti COVID 19 walaupun sudah melengkapkan dos vaksin.

Justeru dia mengingatkan masyarakat agar tidak lalai dan jangan menyebarkan virus tersebut kepada orang lain kerana ingkar SOP.

Kredit Foto: Billboard
#pelakon #Penyanyi #Hollywood #Hilary Duff #Vaksin #Varian Delta
;