Pelakon Intan Ladyana dan suami, Harris Alif dibawa ke Hospital Sungai Buloh selepas kedua-dua mereka disahkan positif COVID-19.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) Melodi, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang mereka kepada Intan Ladyana yang dikhabarkan sedang hamil anak sulung.

Mereka turut mendoakan agar Intan dan Harris diberikan kesembuhan dan kembali pulih.

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)


Tinjauan Gempak di laman sosial IG Intan dan Harris mendapati, kedua-dua mereka belum memuat naik sebarang posting ataupun info mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, Intan telah membuat hantaran di ruangan IG Story ketika berada di dalam ambulans kira-kira pukul 11 malam, Rabu.

Sementara itu, Gempak cuba mendapatkan Intan dan Harris untuk mengetahui perkembangan terkini mereka, namun pasangan suami isteri terbabit gagal dihubungi.

Apa pun, Gempak doakan semoga Intan dan Harris tidak mengalami gejala serius dan dipermudahkan segala urusan.