Penyanyi Aweera akui keputusannya untuk berambut pendek pernah mendapat tentangan peminat.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 26, memberitahu ada di kalangan peminatnya belum bersedia untuk menerima perubahan dirinya kerana khuatir imej rock hilang sekiranya dia berambut pendek.

“Memang sukar juga nak buat keputusan potong rambut pendek sebab dah terlalu lama dan selesa berambut panjang.

“Saya tahu ramai yang terkejut bila saya berambut pendek dan saya faham rambut kerinting itu dah sinonim dengan Aweera, tapi saya mahu buat perubahan untuk tahun 2017.

“Saya juga akui ada peminat yang sokong dengan perubahan ini dan ada juga yang tidak suka kerana mereka takut imej rock saya hilang.

“Disebabkan itu juga ada halang dan tak bagi saya potong selain menyuruh saya untuk fikir sehabis baik,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun Aweera menjelaskan tujuan dia memotong rambutnya itu kerana mahukan imej yang lebih segar.

“Tahun 2017 ini saya mahu buat pembaharuan terhadap diri saya dan mahukan imej yang lebih ‘fresh’.

“Jangan anggap bila dah potong rambut, imej rock akan hilang. Tidak dan sebenarnya saya rasa rock tak semestinya wajib berambut panjang.

“Ramai yang tersalah tafsir sebenarnya, sebab bagi saya rock itu datangnya dalam jiwa,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aweera sedang membuat persiapan dan bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Wanita Cinta Teragung.

Teks oleh: Mya Amri