Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"'Potong Usus' Bukan Sebab Nak Cantik Atau Pikat Lelaki Tetapi ..." - Lufya Omar

Amri Hassan
03/01/2022 03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar menegaskan tindakannya melakukan pembedahan bariatrik pada awal November lalu bukan bertujuan untuk kelihatan cantik atau mencari jodoh.

Sebaliknya, kata Lufya, 36, prosedur itu dilakukan demi mendapatkan semula stamina dan kesihatannya yang semakin membimbangkan seiring pertambahan usia.

"Apabila kembali sihat dan dapat menurunkan berat badan melalui cara pembedahan (bariatrik) ini, saya menjadi lebih positif sebenarnya.

"Lebih utama pembedahan ini berjaya mengawal tahap kolesterol dan penyakit asma yang saya hidap. Saya kurus bukan sebab nak cantik tapi demi kesihatan.

"Soal jodoh pula mungkin ada trauma daripada pengalaman perkahwinan lalu, tapi semuanya sudah berlalu dan tak perlu dikenang lagi. Bukan.. bukan bedah untuk mencari jodoh pun," ujarnya.

Tambah Lufya lagi, selepas melakukan pembedahan bariatrik dengan pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik, Dr. Mustafa Mohammed Taher, berlaku perubahan mendadak pada tubuh badan Lufya.

"Selepas beberapa hari pembedahan saya turun dalam tiga kilogram, selepas sebulan saya dapati saya turun sekitar 11 kilogram dari 85 kilogram berat badan saya.

"Sebenarnya saya pun tak sedar saya telah 'obesiti' sehingga anak saya yang tegur dan saya dapati saya cepat semput walaupun hanya buat kerja-kerja ringan.

"Kalau dulu, saya bersenam berdiet dalam enam bulan pun baru turun 2 kilogram.

"Insya-Allah, target saya untuk turunkan lagi 10 kilogram untuk mendapai berat badan yang seimbang, sama seperti zaman anak dara dulu," ujarnya.



Dr. Mustafa antara pakar bedah GI dan bariatrik yang telah melakukan lebih daripada 2,000 prosedur pembedahan bariatrik sepanjang tempoh tiga tahun lalu.

Kebanyakan pesakit beliau mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan yang menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan halangan pelbagai aktiviti harian.

Obesiti menjadi masalah pandemik dengan istilah globah baharu seperti globesiti atau diabetes yang mencerminkan bilangan pesakit diabetes lebih tinggi dengan kawalan gula yang lebih lemah.Hal itu meningkatkan kos penyakit kronik lebih tinggi.

Malaysia menjadi negara termiskin daripada segi kawalan gula dalam pesakit diabetes di seluruh Asia Tenggara kerana kualiti makanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
#pelakon #Lufya Omar #Penyanyi #pembedahan #Suami #Bedah #Bariatrik #Potong Usus #Pakar #Dr Mustafa Taher
;