Baru sahaja ditayangkan secara rasmi semalam, filem Dukun terbitan Astro Shaw berjaya meraih kutipan hampir RM1.5 juta.
Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, kutipan ini adalah hasil dari 120 pawagam.
“Kami dengan rasa berbesar hati mengumumkan filem Dukun membuka tayangan di pawagam pada hari pertama tayangan dengan membuat kutipan menghampiri RM1.5 juta dan kutipan ini adalah hasil dari 120 pawagam.
“Pihak Astro Shaw juga menerima berita baik dari pihak pempamer, ada penambahan pawagam dengan menjadi keseluruhan sebanyak 133 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.
“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada penonton yang menonton filem ini di pawagam. Semoga filem ini menunjukkan hasil positif dan kepada mereka yang masih belum berkesempatan, segera ke pawagam berdekatan untuk menonton Dukun,” kata Najwa.
Filem arahan Dain Said yang menampilkan Datin Seri Umie Aida sebagai tunjang utama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.
Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan keseluruhan filem Dukun di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Fri Apr 06 2018


Ramai Menangis Cikgu Kongsi Terima 3 Biji Kismis, Nasi Goreng Telur Sebagai Hadiah Hari Guru
Sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2022 ternyata masih diraikan dalam kalangan pendidik dan anak anak murid.

“Aku Tak Involve Tapi…”- Puji Tiga Janda Melawan Dunia, Pengarah Razaisyam Berani Bagi Refund Balik Duit Tiket Kalau Rasa Tak Berbaloi!
Razaisyam Berani Bagi Refund Balik Duit Tiket Kalau Rasa Tak Berbaloi!

“Wanita Belum Kahwin Tolong Jauhi Lelaki Kolot & Selfish Macam Ni” – Dr Say Bidas Lelaki Tular Lebihkan Kawan Dan Abaikan Isteri
Ramai yang geram isu lelaki dakwa isteri tak bagi melepak.

MATEEN & HADI - Operasi Nak Raya | Di Sebalik Tabir
Korang nak tahu macam mana Mateen & Hadi di sebalik tabir? Jom kita saksikan video penuh ni sekarang! #Mateendanhadi

“Sebelum Tu Ustaz Bacakan Doa Hembuskan Pada…”- Netizen Dakwa Ustaz Kazim Prank, Makeup Artist Tampil Jelaskan…
Makeup Artist Tampil Jelaskan…

Nekad Buktikan Duit Tu Bukan Palsu, Usahawan Belanja Bayarkan Barang Dapur! Cash!
Mereka hidup bukanlah menggunakan duit palsu.

Azeem Fahmi Sah Melakukan ‘False Start’, Netizen Tetap Beri Sokongan - “Tak Per Dik, Bangga Kau Dah Sampai Sana”
Come back stronger Azeem.

Bercinta Dengan Suami Orang, Pelakon India Tragis Ditemui Tergantung... Keluarga Dakwa Bukan Bunuh Diri!
Pelakon drama India, Pallabi Dey, 21, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Kolkata, India pada 15 Mei lalu dalam keadaan menggantung diri.

Strim Morbius Di Astro & Berpeluang Menang Hadiah Best Ini!
Pelanggan Astro boleh sewa dan strim filem aksi-pontianak Marvel, Morbius, ditayangkan bermula 19 Mei 2022 di Astro Best (Saluran 481), On Demand dan Astro GO.

“Memang Memalukan Tapi…”- Shiha Zikir Dedah Pernah Kena ‘Sound’ Dengan Pelakon Senior
Siapa pula sound Shiha?