Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Power! Ini Bintang Filem Yang Dikenali Dengan Watak Ayah

Zulaikha Yusof
01/05/2020 07:05 MYT
Industri perfileman sentiasa berusaha untuk menghasilkan karya berbentuk kekeluargaan memandangkan mendapat sokongan yang tinggi daripada penonton.

Watak seorang ayah dalam sebuah filem itu akan menjadi tumpuan selain daripada watak isteri dan anak-anak.

Ini Gempak senaraikan selebriti terkenal yang berjaya membawa watak seorang ayah:

1. Datuk Afdlin Shauki



Datuk Afdlin Shauki Aksan ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, pelawak dan pelakon Malaysia.

Filem Papadom yang ditayang pada tahun 2007 merupakan arahan dan lakonan Afdlin sendiri.

Filem bergenre drama dan komedi ini mengisahkan Saadom (Afdlin) adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira (Noorkhiriah) dan ayah kepada Miasara (Liyana Jasmay).

2. Jalil Hamid



Abdul Jalil Abdul Hamid merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pelawak Malaysia.

Dalam filem Bisik Pada Langit, Jalil Hamid ternyata berjaya membawa watak seorang ayah selepas rata-rata penonton terkesan dan menitiskan air mata selepas menonton.

Filem ini berlatar belakangkan sebuah keluarga yang terdiri dari emak, ayah, dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Jalan filem ini sangat menzahirkan realiti masyarakat kita. Filem ini bukan setakat cerita cinta biasa tetapi cerita kekeluargaa yang sangat menggambarkan realiti kehidupan suasana di kampung.

Selain Jalil Hmaid, filem ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Erwin Dawson dan Fadilah Mansor.

3. Donny Damara



Donny Damara Prasadhana merupakan seorang pelakon Indonesia.

Nama Donny menjadi sebutan ramai selepas filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) mencetus fenomena di Indonesia dan Malaysia.

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Jangan lupa untuk sewa NKCTHI di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

BACA: Watak Aurora NKCTHI Buat Anak Kedua Terasa, "Rasa Sakitmu Boleh Dirasai"

BACA: 10 'Quotes' Terbaik Dari Buku NKCTHI

BACA: Filem NKCTHI Makin Membara Di Astro First.. Ada Yang Menangis Banyak Kali Ketika Tonton



#Astro First #Ayah #NKCTHI