Power vocal couple! Itulah gelaran yang diberikan oleh peminat yang hadir ke Konsert Aku Cinta Ernie Zakri dan Syamel yang berlangsung pada Ahad.

Malah konsert yang dihadiri lebih 1,100 peminat itu juga meninggalkan kenangan cukup indah buat mereka.

Bayangkan peminat sampai tidak sedar masa berlalu sudah hampir dua jam dek terbuai dengan alunan merdu paduan suara Ernie dan Syamel.

Berpeluang menghadiri Konsert Aku Cinta Ernie Zakri dan Syamel, Gempak kongsikan beberapa momen indah yang tidak dapat dilupakan peminat.

1. Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu diiringi pengarah muzik, Aubrey Suwito dan tirai konsert dibuka dengan persembahan lagu duet popular, Aku Cinta.

2. Sebelum menyampaikan lagu pertama, peminat dihidangkan dengan paparan skrin yang merakamkan detik-detik indah pasangan ini seperti momen dinobatkan sebagai juara program Duo Star.

3. Antara lagu yang dinyanyikan mereka adalah Kau Lupa Janji, I Want To Spend My Life Time Loving You, Laksamana Raja Di Laut, Balqis, Bujang Senang dan Gerhana.

4. Ada juga peminat yang datang dengan kerusi roda demi memberi sokongan kepada pasangan ini.

5. Paling comel bila Syamel kata: “Sekarang saya dah boleh panggil Pak Ngah dan Mak Long tau,” merujuk kepada gelaran penyanyi popular Anuar Zain, Ziana Zain yang merupakan bapa serta ibu saudara Ernie.

6. Sikap lucu Syamel buat ramai yang tak kering gusi. Ternyata pasangan ini bijak menghiburkan peminat. “Khawla thank you for coming to our concert” kata Syamel kepada anaknya mengundang tawa penonton.

7. Paling istimewa apabila Syamel siap menyediakan buaian buat Khawla untuk tidur. Jangan bimbang kerana Khawla dipakaikan 'headphone' bagi mengelak bunyi kuat merosakkan gegendang telinga anaknya.

8. Nabila Razali, Amira Othman, Hawa Rizwana, Sarah Suhairi, Wany Hasrita dan Sissy Iman antara artis yang hadir ke konsert.

9. Bagaimanapun Syamel tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sewaktu menyampaikan lagu buat arwah ibunya, Bila Kau Tiada.

10. Air mata Syamel mengalir sebaik sahaja menoleh ke belakang dan terlihat melihat foto bersama arwah ibunya di skrin.

11. Seleksi lagu solo juga best! Ernie menyampaikan lagu Jangan Marah, Misteri, Gundah dan Ku Bersuara manakala Syamel pula mendendangkan lagu Hidup Dalam Mati, Lebih Sempurna, Halusinasi, Korban, Bila Kau Tiada dan Bahagia Milik Kita.

12. Ernie turut menerima standing ovation selepas menyampaikan lagu Ku Bersuara. Power betul!

13. Syamel juga turut menyampaikan single terbaharunya berjudul Bahagia Milik Kita buat pertama kali di konsert berkenaan. Kata Syamel lagu itu ditulis untuk Ernie dan anaknya, Nur Khawla Soleha.

14. Ernie kemudian menutup tirai dengan persembahan istimewa bersama kumpulan dari Indonesia, Govinda iaitu Hal Hebat.

15. Akhir kata konsert pasangan ini memang sangat berbaloi. Tak menyesal langsung guys!

Apa yang pasti, konsert Aku Cinta Ernie Zakri dan Syamel ini meninggalkan seribu satu kenangan manis buat peminatnya.

Kredit foto: Facebook Syameel Aqmal