Siapa kata duduk di rumah dan kekal sihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menyeronokkan?

Pastikan diri anda tetap terhibur, mendapat infomasi dan menikmati ganjaran eksklusif ketika berada di rumah kerana telefon pintar siri HUAWEI P40 ditetapkan untuk menjadi sahabat baik tidak kira dari segi permainan atau kedua-duanya sepanjang tempoh #StayHome.

Tak percaya? Ini, kami berikan sebab-sebabnya:

Walaupun melalui masa sukar, HUAWEI tetap memberanikan diri melancarkan telefon pintar dengan fotografi terbaik – HUAWEI Siri P40! Terdapat dua model di Malaysia iaitu P40 dan P40 Pro! Warna-warna pilihan yang ada di negara ini adalah: Gold Blush, Frost Silver dan Deep Sea Blue.

Bukan sahaja mempunyai kelengkapan teknologi fotografi yang terbaik, ia juga dilengkapi dengan perhubungan 5G! Paling penting, anda akan mendapat hadiah bernilai RM1,300 jika anda pra-tempah HUAWEI P40 sekarang hingga 10 April.

Tidak cukup dengan itu, hadiah-hadiahnya termasuklah:

P40 Pro: FreeBuds 3, SuperCharge Kereta Tanpa Wayar, Cloud Storage 50GB, (sah sehingga 12 bulan), waranti lanjutan 1 tahun, perlindungan skrin 1 bulan dan langganan percuma HUAWEI Video selama 3 bulan.

P40: FreeBuds 3, Wireless Charging Case, Cloud Storage 50GB (sah sehingga 12 bulan), waranti lanjutan 1 tahun, perlindungan skrin 1 bulan dan langganan percuma HUAWEI Video selama 3 bulan.

HUAWEI Siri P40 - Terbaik dalam fotografi dan rakan paling best untuk indoor photography.

Dengan menjanjikan pengalaman fotografi telefon pintar dan kualiti perhubungan terbaik, Siri HUAWEI P40 telah menyempurnakan perkakasan kamera. Semestinya ia merupakan peranti yang sempurna untuk anda memulakan projek fotografi. Nikmatilah sistem kamera yang ‘bijak’ dan sangat canggih ini. Kami pasti anda cukup puas hati walaupun hanya mengambil foto kucing kesayangan, tanaman pasu atau orang tersayang sepanjang tempoh #StayHome ini.

Berikut merupakan spesifikasi yang telah dinaik taraf dengan begitu menakjubkan sehingga meletakkan Siri HUAWEI P40 sebagai antara permainan fotografi telefon pintar terbaik:


1.Kamera Ultra Vision Leica Paling Berkuasa: Sensor terbaik, auto-fokus terbaik, AI AWB Terbaik, Fusion Engine XD Terbaik.

HUAWEI P40 Tiga Kamera Leica dengan 50MP kamera Ultra Vision, 3x optikal Zoom dan 16MP Ultra sudut lebar.

HUAWEI P40 Pro Empat Kamera Leica dengan 50MP kamera Ultra Vision, 5x Optikal Zoom, 40MP Ultra sudut lebar serta 50x Digital Zoom.

24 jam dengan warna yang menakjubkan dan jelas walaupun dalam situasi kurang cahaya dan shot exposure yang lama.

Ambil gambar portrait dalam apa jua situasi cahaya dengan detail yang sama ketika gambar diambil.

Kredit foto: Huawei

2. Gambar potret diambil seperti dalam studio.

Sama ada siang atau malam, di dalam atau di luar, anda pasti mahu merakamkan potret yang indah tidak kira di mana dan pada bila-bila masa. Gabungan perkakasan dan perpustakaan algoritma AI yang memancarkan kamera depan dan belakang, Siri HUAWEI P40 menjadikan pilihan menarik bagi kerja potret sebenar.

Potret backlit: Untuk membantu merakam potret halus yang sempurna, Siri HUAWEI P40 mempunyai pengoptimuman yang disasarkan untuk senario backlit. Peranti menyokong segmentasi objek yang tepat dan peningkatan kecerahan yang disasarkan pada wajah subjek.


Kredit foto: Huawei Global

Manakala untuk potret malam pula, kamera utama Ultra Vision pada Siri HUAWEI P40 mempunyai keterpencilan mengagumkan yang memanjangkan jauh melampaui apa yang dapat dilihat oleh mata manusia. Algoritma potret AI baru kemudian mengambil langkah seterusnya dengan meningkatkan kecerahan wajah subjek untuk potret malam yang paling jelas dan terang.


Kredit foto: HUAWEI Global

3. Golden Snap – Teknologi Fotografi AI yang luar biasa
AI Best Moment – mengesan gambar emosi dan pergerakan yang paling cantik, dan sarankan untuk anda.

AI Remove Passerby – membolehkan pengguna memadam gambar orang yang melintas di belakang.



AI Remove Reflection – membolehkan pengguna mendapat gambar yang terbaik tanpa sebarang gangguan.



4.Zoom paling power untuk telefon pintar.

Dengan zoom anda masih boleh melihat dengan terang.

Zoom yang lebih stabil berbanding dengan generasi sebelumnya.


Kredit foto: HUAWEI Global

Tidak hanya diperbaiki pada zoom foto, HUAWEI P40 Pro juga turut mempertingkatkan kualiti zoom video yang dinamakan sebagai zoom audio.

Audio dikuatkan apabila kamera zoom masuk pada sesuatu subjek

Bunyi latar belakang ditapis secara automatik


5. 4K HD Selfie Video Yang Sungguh Mengagumkan.

Ambil selfie menggunakan resolusi 4K dengan video yang cukup terang dan warna yang menakjubkan.

Anda kini boleh melakukan Live Stream dengan menggunakan Video Selfie 4K HUAWEI P40 Pro di rumah.

Mudah! Tidak perlu mengedit kerana ciri beauty face digunakan secara auto. Dengan fungsi ini, baiklah kita rekod Tik Tok video atau Facebook Live yang menarik!


HUAWEI Siri P40: Terbaik Dalam Perhubungan – Membina hubungan dengan keselesaan dari rumah.

6. 5G SoC Paling Terkini.

Siri HUAWEI P40 dikuasakan oleh chipset Kirin 990 5G canggih yang akan merevolusikan pengalaman tahap kelajuan dan kuasa anda kerana anda menggunakan Siri HUAWEI P40 untuk menyeberangi jarak sosial dan membina hubungan dengan dunia luar.



7. HUAWEI MeeTime

Walaupun sekarang kita harus memupuk #Social-distancing, dengan teknologi MeeTime anda boleh berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan anda dengan mudah.

MeeTime membolehkan anda untuk menyambung dengan lancar walaupun melalui isyarat internet yang lemah, selain menawarkan kualiti gambar yang jelas meskipun pada pencahayaan rendah. Anda juga boleh berkongsi skrin anda semasa panggilan video, sambil membuat anotasi dan nota pada masa sama!

Semua ini didorong oleh sistem operasi revolusi EMUI 10.1



8. HUAWEI Share

Kekal teratur dan cekap dengan #WorkFromHome menggunakan HUAWEI Share.

HUAWEI Share memudahkan pemindahan fail berkelajuan tinggi antara telefon pintar dan peranti lain seperti tablet HUAWEI dan PC menggunakan kolaborasi multi-skrin dengan mudah. Pengguna juga boleh menjawab panggilan video atau suara secara hands-free menerusi PC, membuka fail dan pautan pada telefon pintar dengan aplikasi PC untuk produktiviti yang dipertingkatkan.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan HUAWEI Share untuk memastikan sambungan lancar dengan HUAWEI MatePad Pro anda.

HUAWEI MatePad Pro

Anda pasti tidak dapat hidup tanpa MatePad Pro nanti apabila sudah mencubanya. Harga bermula RM2,399 (8GB RAM + 256GB OM + edisi WiFi), tablet ini muncul dengan warna Midnight Grey dan Pearl White.

Anda boleh menempah mulai sekarang dan berpeluang memenangi hadiah percuma bernilai RM1,000 termasuk keyboard, M-Pen, dan 3-bulan langganan percuma HUAWEI Video.




9.HUAWEI AppGallery



HUAWEI AppGallery punyai kebanyakan aplikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti WhatsApp, Facebook, WeChat, Netflix, Instagram, TikTok, Lazada dan banyak lagi.

HUAWEI AppGallery dijamin selamat dan dilindungi ciri-ciri keselamatan yang terkini dan canggih.

Selain itu, pengguna juga boleh menyimpan lebih banyak storage dengan hanya menggunakan Quick Apps untuk membuka aplikasi tertentu yang anda mahu tanpa perlu dimuat turun.

Pengguna HUAWEI Siri P40 dan MatePad Pro ini juga boleh mendapatkan ganjaran sebanyak RM2381 di HUAWEI Member Center selain percuma 50GB HUAWEI Cloud storage untuk tiga bulan.

Lebih selamat, ruang penyimpanan yang banyak dan pelbagai mata ganjaran apabila anda meenggunakan HUAWEI AppGallery.

Untuk maklumat lanjut layari: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/



Anda juga boleh menggunakan HUAWEI AppGallery untuk muat turun aplikasi kecergasan seperti 30 Hari Fitness, Home Workout, 7 Minute dan Keep-Trainer untuk membantu anda melakukan senaman di rumah dan terus dikemas kini pada status kesihatan anda.

Untuk pengalaman yang menakjubkan, pasangkan telefon pintar Siri HUAWEI P40 anda dengan jam tangan kecergasan HUAWEI baru - HUAWEI Watch GT 2e.

HUAWEI Watch GT 2e baru adalah aksesori bergaya untuk generasi muda. Dengan 100 mod latihan dan ciri penjejakan kesihatan ditingkatkan, Watch GT 2e memberikan anda jangka masa hayat bateri selama 2 minggu.

HUAWEI Watch GT 2e dijual dengan harga RM599 dan didatangkan dengan warna Mint Green dan Graphite Black.

Pra-tempah sekarang dan dapatkan strap bernilai RM68 secara percuma. Anda boleh melakukan latihan di dalam rumah semasa PKP dan dalam masa yang sama dapat memantau tahap kesihatan anda.




10. HUAWEI Video



HUAWEI Malaysia menawarkan tiga bulan akses premium percuma kepada semua pengguna siri P40 dan MatePad Pro.

Malah, setiap pengguna HUAWEI di Malaysia akan menikmati akses premium sebulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


HUAWEI Care 2020 – Khidmat Mesra Pelanggan



Terdapat tiga perkara yang ditawarkan di bawah HUAWEI Care 2020, iaitu:

Servis luar biasa yang sehenti. HUAWEI menawarkan khidmat membaik pulih peranti selama sejam untuk pengguna HUAWEI.

Servis tambahan yang bernilai seperti penggantian skrin (sebanyak satu kali), waranti yang dilanjutkan setahun, dan program bulanan HUAWEI Service Day yang termasuk servis professional untuk perniagaan.

O2O juga dikenali sebagai servis online to offline, servis pick-up dan penghantaran dalam talian dan luar talian yang dikuasakan oleh AI berdasarkan lokasi ni membolehkan pelanggan untuk membeli produk HUAWEI atau membaiki peranti mereka tanpa perlu keluar rumah.

HUAWEI Siri P40, MatePad Pro edisi Wifi dan Watch GT2e sudah boleh di pra-tempah sekarang sehingga malam ini 11.59pm saja!



Proses penghantaran bermula 11 April 2020.
Semak wakil jualan HUAWEI berdekatan anda atau layari laman web di bawah ni:

Kedai dalam talian HUAWEI
Kedai flagship HUAWEI di Lazada
Celcom Pra Tempah P40
Celcom Pra Tempah P40 Pro
Senheng
SenQ