Pelakon utama filem Prebet Sapu, Amerul Affendi enggan menjadikan pencalonan filem lakonannya ke Academy Award (Oscars) tahun hadapan untuk mendabik dada.
BACA: Filem Prebet Sapu Lakonan Amerul Affendy, Mei Fen Lim Dihantar Bertanding Di Oscars 2022
Kata Amerul, 35, dia membiarkan orang ramai menilai sendiri hasil kerja produksi dan pelakon filem berkenaan walau berbekalkan bajet yang minimal.
"Biar orang nilai kita macam mana dan akhirnya orang sendiri nampak apa benda sebenarnya, kita tak perlu nak up diri sendiri.
"Jauh tu kalau nak menang, memang ada harapan. Bila tahu bila Oscars 2022 perlu ada melobi dan letak banyak duit, berbaloi tak untuk kita melobi dengan filem ini?
"Best Picture mungkin jauh, tapi Best International Feature mungkin insya-Allah," katanya ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Prebet Sapu di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Prebet Sapu merupakan filem arahan Muzzamer Rahman dan diterbitkan oleh Le Mediator Studio, Kristal Azmir dan Konda Kondi Studios.
Ia juga merupakan filem berbajet rendah yang dihasilkan oleh generasi baharu lulusan sekolah filem FITA, UiTM dan Aswara.
Prebet Sapu atau judul bahasa Inggerisnya, Hail, Driver! telah ditayangkan di beberapa festival filem antaranya 15th Jogja-Netpac Asian Film Festival Indonesia, Far East Film Festival Udine Italy 2021, Asian Film Festival 2021 Barcelona, 25th Toronto Reel Asian International Film Festival Canada dan 4th Innovative International Film Festival di Bangalore, India.
Filem hitam putih ini juga menjadi filem pertama Malaysia ditayangkan di Smithsonian's Museum, Amerika Syarikat.
Mengulas mengenai penyertaan festival filem luar negara lebih awal berbanding tayangan di pawagam tempatan, kata penerbitnya hal itu disebabkan kekangan bajet.
"Apabila ditayangkan di festival filem, tiada bayaran dikenakan. Jadi kami kembara dulu ke luar negara dan baru balik semula ke Malaysia. Apa salahnya promosi kepada orang luar dulu.
"Ia menjadi kejutan besar buat kami apabila diumumkan bakal bertanding di Oscars tahun hadapan. Niat asal nak buat filem terbaik akhirnya disambut baik secara positif," kata wakil penerbit.
Prebet Sapu mengisahkan Aman (Amerul Affendi) yang menganggur selepas kematian bapanya dan kembali ke Kuala Lumpur untuk memulakan perkhidmatan e-hailing secara haram.
Selepas dihalau dari bilik sewa, Aman berjumpa dengan Bella (Mei Fen Lim) yang menawarkannya tempat tinggal.
Selain Amerul Affendi dan Mei Fen Lim, filem Prebet Sapu turut dibarisi pelakon cameo lain antaranya Nam Ron, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Roslan Maadun, Megat Shahrizal, Jay Iswazir dan Anas Ridzuan.
Prebet Sapu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 16 Disember 2021.
Amri Hassan
Fri Dec 10 2021
.png?ext=.png)
.jpg?ext=.jpg)
5 Jam Disiasat SKMM, Aliff Syukri Trauma - "Niat Saya Untuk Menghiburkan Anda Saja"
su terbabit memberikan pengajaran kepada kerjaya seni dan bisnesnya.

Kes Jenayah Seksual Da’i Syed, Diteruskan Atau Ditarik Balik? Rupa-Rupanya...
Pengadu dalam kes itu telah ...

CANTIK TAK - EP5
Konsep apa saja yang sempat uols! Hahaha, ada ye konsep mekap macam tu? Tapi kalau dah ada anak kecil ni kan memang mencabar tau! Nak tahu sebab apa Elfira mengucap panjang bila Rayyan pegang gincu? Jom tonton sama-sama, memang terhibur gais. #SmileOutLoud #ColgateOpticWhiteO2 #CantikTak #RiaX #RamadanSLK #RayaSLK @colgate_malaysia

Eh Lovenya! Siti Nurhaliza 'Ambil Takhta’ Di New York Times Square!
Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu....

“Jangan Bertuhankan Duit” - Pernah Discam, Ini Pesan Farah Nabilah
Drama yang beri pengajaran.

Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah Anak Ketika Sambutan Hari Jadi Pertama
Wah comelnya anak Miera....

“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth
Macam mana bersalin dalam air?

Uqasha Senrose Terima Tawaran Berlakon Daring, Kamal Adli Tak Selesa.. - “Kita Bukan Hollywood”
Apa dah jadi ni?

"Saya Sihat..."- Dapatkan Rawatan, Yasin Masih Pertahankan Kanabis?
Alhamdulilah Yasin nampak sihat...

Ditawar Habuan Lumayan Jadi Duta Produk, Eizlan Yusof; "Saya Tak Boleh Ulas Lanjut..."
Eizlan Yusof enggan mengulas lanjut. Betul ker tak?