Siri original The Max, Pretty Little Liars: Original Sin akan menemui semua peminat siri seram bermula hari ini di saluran HBO GO.
Gempak berkesempatan menemubual dua pelakon Pretty Little Liars: Original Sin (PLLOS), Lea Salonga dan Malia Pyles yang membawakan watak sebagai ibu dan anak dalam satu sesi temubual bersama media dari serata Asia Tenggara.
Bagi Malia yang membawa watak sebagai Minnie Honrada, dia berusia 10 tahun sewaktu siri pertama PLL keluar dan meluahkan rasa mencabar apabila kini dia dapat menjadi salah satu watak penting dalam siri ini.
“Kami mempunyai masa dua minggu untuk menjalani sesi rehearsal, sesi menggali kelainan siri ini di samping perbezaan watak-wataknya. Apa yang boleh saya katakan, siri kami ini sangat berbeza dengan musik terdahulu, setiap latar belakang kami juga berbeza dan kami adalah siri seram.
“Kami banyak melakonkan babak-babak ngeri tetapi sesama kami tetap sahabat yang sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain. Kami juga sempat bertemu dengan seorang pelakon asal siri tersebut dan ia sangat membuatkan saya teruja. Dia sangat menyokong siri terbaru ini dan kami yakin semua peminat PLL akan berasa bangga,” jelasnya kepada Gempak.
Tambah Lea lagi yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi dari Filipina, siri ini sangat berbeza dan dapat meraih perhatian peminat lama dan yang baru menonton PLL.
“Ramai orang akan menyukai PLLOS ini kerana jalan ceritanya yang berbeza, misteri di sebalik watak-watak tertentu dan semestinya plot twist yang akan buatkan semua penonton tertanya-tanya. Saya harap orang akan jadi detektif sambil mereka menonton siri ini. Malah ia daripada pengarah diri popular Riverdale, jadi sudah tentu ia kana menghiburkan anda semua.
“Saya harap orang akan takut bila menonton siri ini dan meninggalkan kesan yang baik pada semua penonton. Bila menonton episod pertama, kedua dan ketiga pasti mereka tidak sabar untuk menonton episod seterusnya. Peminat Pretty Little Liars wajib menonton siri ini, anda semua pasti akan terhibur bukan sahaja peminat siri asal tetapi penonton yang baru mengikuti siri ini,” ujarnya lagi.
Saksikan Pretty Little Liars yang akan bersiaran selama 10 episod dengan tiga episod ditayangkan secara serentak dengan Amerika Syarikat bermula hari ini di HBO GO.
Azwa Rahman
Thu Jul 28 2022


#BIGSTAGE5: “Kami Suka Orang Tak Suka Apa Kami Pakai” - Dikatakan Seksi, Coex Tak Nak Hipokrit
Coex tak nak hipokrit, mahu jadi diri sendiri.

Sakit Mata, Puteri Sarah Tak Hadir Ke Mahkamah
Semoga Sarah cepat sembuh.

Siti Nurhaliza Komen Trend Artist Malaysia Nicest & Rudest: “Kalau For Fun Pun Tak Fun”
Trend nicest & rudest celebrities you've ever met viral baru-baru ini.

Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak 'Bodoh' Jocelyn Chia! - "Tak Berhati Perut, Teruk, Tasteless!"
Tak jaga hati orang!

Isu Pelawak Singapura Jadikan Tragedi MH370 Sebagai Bahan Gelak, Farhan Shah Minta Maaf - “Dia Telah Melampaui Batas…”
Farhan Shah bersuara...

“Bukan Ismail Izzani” - Plot Twist! Rupanya Dakwaan Hamil Anak Artis Lelaki Tak Benar, Wanita Mohon Maaf Akaun Akan Dipadamkan
Tiba-tiba akaun tu kata semua tak benar.

Jadi Pilihan Untuk Konsert David Foster & Friends, Impian Datuk Sri Siti Nurhaliza Jadi Kenyataan
Konsert David Foster & Friends dijadual berlangsung 7 Ogos di Mega Star Arena

Peraduan Gempak Most Wanted
Menang tiket ke Showcase Jiwa Kacau? Jom sertai sekarang!

Janda Anak Dua Kahwin Dengan AI Ciptaannya, Suami Bekerja Dalam Bidang Perubatan
Macam-macam ek!

Gaji Tukang Paip Berlesen Di Singapura Cecah RM40,986 Sebulan
Sangat lumayan!