Aktres Datin Seri Umie Aida dan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia tampil meringankan beban 300 pemandu teksi di sekitar ibu kota yang terkesan sejak penularan Covid-19.

Menurut Umie atau nama sebenarnya, Umi Khalsum Rahmad Ali berkata dia bersimpati dengan nasib pemandu teksi yang terjejas teruk apabila hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM20 sehari.

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Alhamdulillah, 300 pemandu teksi telah menerima sedikit bantuan beras, tepung , minyak masak dan roti prata.

"Pendapatan mereka sehari paling tinggi RM20," tulisnya di Instagram (IG).

A post shared by umi khalsum (@umieaida9)


Justeru, pelakon filem Dukun ini menyeru kepada orang ramai untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan.

Menerusi hantaran tersebut, adik kepada pengarah Erma Fatima juga berkongsi nombor akaun bank yayasan berkenaan bagi memudahkan untuk orang menderma.

"Mari orang Malaysia, sama-sama berganding bahu menghuluarkan bantuan. Akaun yayasan 21233000012249 (RHB Bank).

"Terima kasih kepada yang telah menderma . Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. Amin," tulisnya lagi.