Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Priyanka Chopra & Nick Jonas Terima Bayi Perempuan, Ini Yang Kami Tahu Tentang Anak Sulung Mereka!

Amri Hassan
22/01/2022 01:55 MYT
Pasangan selebriti popular Priyanka Chopra dan Nick Jonas menyambut kedatangan anak sulung mereka secara teknik ibu tumpang.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, pelakon dan penyanyi itu mengakui teruja dengan kehadiran cahaya mata yang menyerikan hidup mereka.

"Kami sangat gembira untuk mengesahkan bahawa kami telah menerima seorang bayi melalui ibu tumpang.

"Oleh itu, kami memohon jasa orang ramai untuk memberikan kami ruang privasi pada waktu ini untuk memberikan fokus kepada keluarga. Terima kasih," kata pasangan itu.

Difahamkan mereka menerima anak pertama mereka yang merupakan bayi perempuan yang telah dilahirkan pada Sabtu lalu di Southern California Hospital, Amerika Syarikat.

Namun, tiada maklumat lanjut berhubung nama bayi perempuan itu.

Instagram kedua-dua bintang ternama global itu terus dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat dan rakan selebriti.

Priyanka dan Nick telah berkahwin pada 2018. Menerusi temubual terbaharu bersama Vanity Fair, Priyanka mendedahkan bahawa mempunyai cahaya mata antara impian utama mereka namun enggan terburu-buru.

"When it happens, it happens," kata Priyanka.

#pelakon #Penyanyi #Viral #Anak #Hollywood #Priyanka Chopra #Bollywood #Artis #Bayi #Ibu Tumpang #Nick Jonas
;