Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengesahkan seorang pengundi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Jeram di sini, dikesan positif COVID-19.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi bin Abd Rahman, individu terbabit disahkan positif COVID-19 sejurus keputusan makmal swasta dikeluarkan pada Sabtu.

Pada 20 November 2021, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah telah menerima notifikasi dari COVID-19 Assessment Centre (CAC) Melekek, terdapat seorang kes positif COVID-19 yang telah keluar mengundi di salah sebuah pusat mengundi di daerah Alor Gajah.

Keputusan ujian bagi pesakit ini diterima dari makmal swasta setelah beliau selesai proses mengundi,” jelas beliau dalam satu kenyataan media.

Untuk berita lanjut sila layari Astro Awani di sini

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!