Artis yang juga ahli perniagaan merangkap rakan kongsi spa kecantikan Hannan Medispa, Fizo Omar berbangga kerana jenama itu terus terbang tinggi.
Terbaharu, jenama terbabit menerusi rangkaian produk kosmetik diterbitan sudah mempunyai cop SIRIM.
Malah satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara jenama itu dan SIRIM Berhad sudah dimeterai 10 Mac lalu di pejabat SIRIM di Shah Alam, Selangor.
Kerjasama strategik terjalin juga menjadi penanda aras simbolik kolaborasi terbesar dan pertama di Malaysia membabitkan bidang kosmetik dihasilkan jenama berkenaan.
“Sebelum ini saya ingat produk elektrik saja kena ada cop SIRIM. Rupa-rupanya produk kosmetik pun boleh dapatkan kelulusan daripada makmal SIRIM.
“Tapi sebelum saya benar-benar faham keperluan mendapatkan cop SIRIM itu, pelbagai perkara bermain di minda. Wajib ke? Perlu ke? Produk kosmetik dapat cop SIRIM?.
“Tapi selepas memahaminya, apa dilakukan Hannan Medispa ini ialah bermula dengan mendapatkan bahan mentah daripada ekstrak nanas, kemudian dikaji SIRIM dan dibekalkan kepada kilang spa kecantikan itu.
“Ia seterusnya menjadi bukti bahawa bahan asas atau mentah produk kosmetik dikeluarkan ini memang selamat dan berkualiti untuk digunakan tanpa was-was.
“Tahniah atas kerjasama strategik ini. Ia menjadi penanda aras baharu untuk industri kosmetik di Malaysia,” kata Fizo.

Sementara itu, Pengasas jenama itu, Dr Hannan Yusof menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai usaha berterusan mengukuhkan jenamanya ke satu lagi peringkat tertinggi.
Ia turut diperkasakan menerusi tanda pagar #nextlevel yang diwujudkan.
“Menerusi MoA dan kerjasama ini, SIRIM akan menjadi pembekal utama bahan mentah untuk produk kosmetik kami hasilkan. Bahan mentah pertama yang dibekalkan dalam produk kami ialah ekstrak nanas dipanggil ‘bromelain’.
“Kajian dan keberkesanan terhadap ekstrak nanas ini dilakukan pasukan penyelidik SIRIM sejak beberapa tahun lalu. Ia sekali gus membuktikan produk kosmetik kami hasilkan berasaskan ‘bromelain’ ini berkesan untuk digunakan termasuk mencerahkan kulit.
“Pihak SIRIM juga sudah dan akan berterusan menguji produk penjagaan kulit keluaran kami yang sedia ada di pasaran termasuk aspek keselamatan penggunaannya. Pendek kata, produk kami lulus tapisan keselamatan SIRIM,” kata Dr Hannan.