Hello guys! HP Inc. Malaysia (HP) telah melancarkan Program Mentorship HP 2021.

Kalau nak tahu, kempen ini bertujuan untuk mencari bakat dari golongan belia dan membawa generasi muda yang kreatif ke tahap lebih baharu! Ha bunyi menarik kan?

Setiap mentee akan menerima komputer riba HP yang menakjubkan dilengkapi dengan inovasi pintar!

Lebih mengujakan lagi, HP juga bekerjasama dengan tiga pencipta di Malaysia sebagai janji untuk memberikan bimbingan yang inovatif menggunakan peranti canggih HP.

Untuk merialisasikan program ini, HP Mentorship telah melantik tiga mentor ternama iaitu penyanyi dan penulis lagu, Zee Avi, komposer dan penerbit produktif, Daniel Veerapen dan pengarah kreatif hebat, Edwin Raj.


Zee Avi


Daniel Veerapan

Edwin Raj

Tiga nama besar ini akan bantu membimbing para mentee yang bertuah untuk mengasah bakat mereka dalam bidang masing-masing.

Seramai 11 orang mentee atau pelajar yang berpotensi akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam program ini.

Mereka juga diminta untuk menghantar permohonan dan portfolio atau karya tersendiri melalui laman sesawang Program Mentorship HP 2021 bermula dari 15 Oktober hingga 21 November 2021.

Untuk menyertainya mudah sahaja, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah:


HP Mentorship Project 2021 Mechanics

Langkah 1: Layari https://reinvent.hp.com/Mentorship2021

Langkah 2: Kirimkan permohonan anda melalui pautan dan muat naik / kongsi pautan portfolio anda dengan karya asal anda sendiri seperti yang diminta pada 21 November 2021.

Langkah 3: Mentor secara peribadi akan memilih mentee untuk mengikuti program bimbingan berdasarkan aplikasi mereka.

Semoga berjaya!

Creative meets technology! Berikut merupakan antara peranti pintar yang diperkenalkan:


#HP SPECTRE

HP Spectre direka bentuk dengan teliti untuk melengkapkan pengguna yang mahukan teknologi mudah alih dan kuasa untuk terus berhubung di mana sahaja mereka berada, keupayaan untuk bertukar dengan lancar antara produktiviti, kreativiti, hiburan dan kerjasama.

Spectre x360 menawarkan pelbagai ciri pintar serta keupayaan perisian yang direka untuk menyesuaikan dengan lancar kepada pengguna berdasarkan aktiviti dan aplikasi yang digunakan pada masa tertentu.
Nikmati rebat sehingga RM700 apabila anda membeli HP Spectre x360 i5, dan hadiah percuma bernilai sehingga RM629. Tertakluk kepada syarat dan terma yang dikenakan, sementara stok masih ada.


#HP ENVY

Portfolio komputer peribadi HP ENVY direka untuk fleksibiliti dan kuasa yang lebih besar untuk on-the-go creators.

Dengan paparan, sistem keselamatan dan prestasi yang dipertingkatkan, barisan HP ENVY sesuai untuk creators di setiap peringkat, daripada amatur hinggalah profesional.

Komputer riba HP ENVY menolak sempadan kejuruteraan dan produktiviti kreatif untuk membantu pencipta generasi seterusnya memperkasakan ekspresi mereka.


#HP ZBOOK FIREFLY

HP ZBook Firefly ini hadir dengan rekaan body yang ringan dengan ukuran kompak sehingga mudah dibawa kemana pun.

Laptop ini direka untuk creators dan pekerja bidang profesional yang mencari ruangan kerja ringan namun masih mampu memberikan hasil mengagumkan dengan tahap pro level dan dan paparan DreamColor yang tepat.

Untuk butiran lanjut tentang peranti PC yang direka ini, sila layari https://www.hp.com/my-en/home.html