Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Promosi Melampau Suplemen Bayi, Neelofa Terkena Tempias

Kamaruddin Razal
05/02/2018 14:31 MYT
Pesanan seorang doktor kepada pengacara popular, Neelofa, selepas memuat naik promosi makanan kesihatan kepada bayi di InstaStorynya telah menjadi tular.

Dr. Rafidah Abdullah telah menulis di laman sosial Facebooknya:

“Salam Neelofa, saya harap awak boleh elakkan mempromosikan produk khususnya untuk kanak-kanak dan bayi.

"Ia boleh menyebabkan kemudaratan yang tidak perlu kepada organ dalaman mereka,” nasihat Pakar Buah Pinggang, Dr. Rafidah Abdullah kepada seleberiti terkenal itu.

Ia susulan tindakan Neelofa memuat naik video yang mempromosi satu produk yang dikatakan boleh mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan serta mengembalikan keanjalan pada wajah.

Neelofa turut memuat naik saranan pengambilan yang melibatkan bayi dan kanak-kanak.

Itu membuatkan netizen khususnya para doktor naik berang sambil menyifatkan tindakan Neelofa boleh memudaratkan.

Dengan aura yang dimilikinya, tidak mustahil ia boleh mempengaruhi orang ramai yang mungkin tidak mengendahkan kesan sampingan sekiranya mengambil produk berkenaan.

“Saya pasti anda tidak dimaklumkan dengan betul (penggunaan produk) oleh syarikat,” ujar Dr Rafidah lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain Dr Rafidah, tindakan Neelofa itu turut mendorong Pakar Dermatologi memuat naik pandangannya di Twitter.

Dengan menggunakan #MedTweetMY, Dr Hafsah Sazali menyeru barisan selebriti tidak membiarkan diri mereka menjadi alat promosi produk yang ada tuntutan perubatan.

“Pesakit eczema memang sasaran mudah penjual produk suplemen/makanan. Sampai bayi dan kanak-kanak pun nak digalakkan beri produk mereka. Dah hilang akal ke?,” tegasnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beberapa pakar perubatan lain turut senada dengan Dr Rafidah dan Dr Hafsah sambil menekankan seseorang bayi itu tidak memerlukan suplemen sebaliknya hanya susu ibu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pakar jantung Dr Beni Isman Rusani ketika dihubungi menasihatkan agar ibu bapa berhati-hati memberikan makanan tambahan kepada anak mereka.

"Secara amnya, bayi dan kanak-kanak tidak seharusnya diberi suplemen tambahan melainkan mereka di bawah pemerhatian dan rawatan doktor pakar kanak-kanak," katanya.

Sumber: Astro Awani
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#pelakon #Neelofa #Pengacara #Pelakon
;