Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Proses Mediasi Dilanjutkan, Puteri Sarah Harap Kes Dengan Bekas Pekerja Diselesaikan Dengan Tenang - “Life Is Short, Why Stress?”

Asyikin Mayudin
01/08/2024 09:52 MYT
Proses mediasi tuntutan kes saman fitnah dan pecah amanah pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap bekas pekerjanya, Nazatul Nazira dilanjutkan kepada sesi kedua pada 25 September depan.


Pertimbangkan cadangan

Puteri Sarah berkata, dia mempertimbangkan cadangan yang diberikan pegawai mediasi yang dikenali sebagai Sakinah namun enggan mendedahkan lebih lanjut perkara itu.

“Menerusi perbincangan yang berlangsung, Puan Sakinah ada memberikan beberapa cadangan yang dirasakan rasional untuk dibuat.

“Saya rasa kita boleh pertimbangkan solusi dikemukakan dan selesaikan masalah ini dengan tenang, life is short, why stress?


“Memang saya nak menuntut hak saya tetapi kalau boleh dengan cara yang paling tenang dan terbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya

Mahu selesaikan dengan tenang


Menurut Puteri Sarah, selepas melalui pelbagai ujian dia ingin menyelesaikan kes terbabit dengan tenang dan profesional.

“Saya hanya nak tuntut hak saya dengan cara yang paling tenang dan seronok. Saya tak tertekan langsung, malah selepas apa yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini, saya akui pengalaman banyak mematangkan saya,” ujarnya.


Apabila ditanya mengenai tuntutan hak dan saman balas yang difailkan Nazatul, Puteri Sarah bagaimanapun tidak pasti mengenai perkara itu memandangkan syarikat itu diusahakannya.

“Cuma saya tidak tahu apa hak yang dia ingin tuntut sedangkan saya yang usahakan syarikat itu… saya adalah funder. Dia hanya pekerja yang dilantik untuk projek yang saya usahakan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Azmi Mohd Rais berkata, pihaknya tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai proses mediasi yang berlangsung hari ini.

“Apa solusi yang dicadangkan semasa proses mediasi tidak boleh didedahkan kerana kita ada sesi kedua.

“Bagaimanapun kami akur dengan arahan pegawai mediasi dan kita akan berjumpa semula seperti tarikh ditetapkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah Kongsi Detik Perkenalan Bersama Andi Arsyil - “Sama-Sama Minat Skincare”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!

ARTIKEL BERKAITAN:"Moga Puteri Sarah Bertemu Jodoh Yang Dapat Bahagiakannya & Anak-Anak" - Yusof Haslam

ARTIKEL BERKAITAN:“Papa, Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami” - Puteri Sarah Kongsi Mesej Daripada Yusof Haslam



Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman serta tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa menuduhnya dalam urusan perniagaan sebelum ini.

Menerusi tuntutan kenyataan fitnah dikongsinya di Instagram, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini, antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah.

Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.

Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

#Puteri Sarah #Mahkamah #Puteri Sarah Liyana
;