Laman Utama
PRU15: Mira Filzah Sedih KJ & Nurul Izzah Kalah, Rakyat Pula Kecewa Hilang Pemimpin Masa Depan Negara!
Pelakon Mira Filzah meluahkan rasa sedih dan terkilan selepas keputusan tidak memihak kepada dua wakil parti yang bertanding iaitu Nurul Izzah (PH) dan Khairy Jamaluddin (BN) yang tewas dalam PRU15 semalam.
Menerusi hantaran di IG Stories, Mira berkata dia mengharapkan dua figura tersebut untuk berada di dalam parlimen.
“KJ (Khaiy Jamaluddin) dan Izzah , Nooooooo! Saya mahukan dua insan ini berada di parlimen. Allahuakhbar,” kongsinya ringkas.
Sementara itu, segelintir wargamaya turut memuat beberapa ciapan di laman Twitter yang berkongsi perasaan sedih dan rasa kecewa mereka di atas keputusan tersebut.
Malah tidak kurang juga yang berasa hampa apabila dua figura berkenaan yang dianggap sebagai pemimpin masa depan negara telah pun tewas.
“Nurul Izzah, Khairy Jamaluddin mereka dah kalah dan kekalahan mereka membuatkan saya sedih! Mereka adalah pemimpin masa depan kita. Our next leader!” kata seorang wargamaya.
“Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah adalah yang paling merisaukan saya semalam. Kedua-dua mereka dah kalah dan hati saya rasa macam hancur,” ujar seorang netizen.
Terdahulu, Khairy yang bertanding di kerusi Sungai Buloh tewas kepada calon PH, Datuk R.Rahman dengan keputusan 50,943 undi berbanding KJ yang memperoleh 48,250 undi.
Manakala, Nurul Izzah yang bertanding mewakili PH terpaksa menyerahkan Parlimen Permatang Pauh kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272.
Must-Watch Video