Laman Utama

PRU15: “Sekarang Ada Kekosongan Jawatan & Terbuka Untuk Permohonan” - Seloroh Anwar Ibrahim, Siapa PM10? Tunggu…

Asyikin Mayudin
22/11/2022
10:55 MYT
Jawatan Perdana Menteri Ke-10 masih lagi kosong disebabkan Istana Negara belum membuat sebarang berhubung pelantikan dan pembentukan kerajaan baharu buat masa kini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.
“Tak ada apa-apa keputusan lagi. Sekarang ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” kata Anwar secara berseloroh dalam satu sidang media di hadapan Istana Negara pada Selasa.
Dalam pertemuan itu, Anwar turut memaklumkan, Agong menitahkan agar perlu ada kesepakatan dan kerjasama dari semua pihak untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan inklusif dari segala aspek termasuk ekonomi.
Menurut Anwar lagi, keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri Ke-10 adalah hak mutlak Agong.
"Tuanku menitahkan untuk menghadap Baginda bagi menyampaikan pandangan bahawa perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak supaya kesepakatan itu kukuh dan boleh tumpu perhatian dan kebajikan rakyat dan memulih ekonomi.
"Kerajaan yang akan ditubuhkan kelak harus mewakili semua pihak, semua kaum dan wilayah. Dalam erti kata sebenar, inklusif," kata Anwar.
Sementara itu, Anwar turut memberitahu beliau ada memberi beberapa pandangan kepada Baginda dan pihak Istana Negara perlu sedikit masa untuk mempertimbangkan sebelum membuat keputusan mutamad oleh Al-Sultan Abdullah.
Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kedua-dua ketua gabungan itu dipanggil menghadap selepas tiada Ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum (PRU15).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Berita

#AgongKita: Ini Sebenarnya Maksud Keunikan Motif Gambir, Lada Hitam Hiasi Tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

gempak
20/07/2024
03:30 MYT
Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.
Berita

Dua Lelaki Bawa Parang Mahu Ceroboh Istana Negara Ditahan

gempak
18/05/2024
07:20 MYT
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.