Laman Utama
PRU15: “Tak Ada Alasan Tak Balik Mengundi Sebab Faktor Kewangan” - Netizen Happy PM Umum Masuk Gaji Awal
Pengumuman mengenai pembayaran gaji dan pencen awal buat penjawat awam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Sungguhpun ada yang mendakwa ia merupakan ‘gula-gula’ atau pembelian undi, namun, ada juga yang menyifatkan ia sebagai satu kemudahan untuk mereka yang mahu pulang mengundi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Dapat gaji awal sebab nak mudahkan orang balik mengundi. Tak ada lah alasan tak balik sebab faktor kewangan. Tak faham kenapa geng Muda nak tuduh ni tindakan beli undi? Kalau tiba-tiba dia bagi 50 peratus ekstra gaji, logik la jugak. Ini bagi awal sahaja kot. Time perayaan pun dapat gaji awal kan?”
“Kamu boleh cakap ia sebagai membeli undi, tetapi pada akhirnya, ia memudahkan ramai orang untuk pulang mengundi.”
“You can say it’s vote buying all you want, but at the end of the day, it’s what allows many to go back home to vote. We should really be past the point where we treat civil servants as mindless zombies with no agency on who they vote for.”
Sementara itu, pihak kerajaan juga mengumumkan cuti pada 18 dan 19 November bagi memudahkan pengundi untuk pulang ke kawasan masing-masing dan menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Sungguhpun ada yang melahirkan rasa gembira, terdapat juga segelintir yang mengkritik kerana pengumuman dilakukan pada saat-saat akhir.
“Masalahnya kenapa tak umum minggu lepas? Kalau umum minggu lepas kan bagus nampak bertimbang rasa berjiwa rakyat. Rakyat ada masa cukup nak plan. Emosi rakyat pun ok,” ujar seorang pengguna media sosial.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Jumaat dan Sabtu akan datang sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.
Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, pengumuman tersebut tidak tertakluk pada negeri Sabah dan Sarawak.
“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya.
Ismail berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma Cuepacs Putrajaya semalam.
Sementara itu, Ismail turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November diawalkan pada 17 November manakala bayaran pencen diawalkan pada 14 November.
“Bagi pesara pula, bayaran pencen diawalkan pada 14 November 2022.
"Ia diharap dapat meringankan beban kos penjawat awam yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.
Dalam masa sama, Ismail turut mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini.
"Sebanyak 30 konsesi lebuh raya bersetuju tawar tol percuma selama dua hari kepada pengguna sempena PRU15 bagi memudahkan pengundi balik mengundi.
"Ia bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga jam 11.59 malam 19 November," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sejumlah RM34.5 juta dianggar akan ditanggung susulan inisiatif tol percuma berkenaan.
"Ia membabitkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja, yang dianggarkan sekitar 90 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya," katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!