Laman Utama
PRU15: Jumaat & Sabtu Hari Pelepasan Am!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November diawalkan pada 17 November manakala bayaran pencen diawalkan pada 14 November.
"Bagi pesara pula, bayaran pencen diawalkan pada 14 November 2022.
"Ia diharap dapat meringankan beban kos penjawat awam yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan, 30 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk memberikan tol percuma pada dua hari berkenaan.
“Tol percuma tersebut akan bermula dari pukul 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November 2022, melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video