Hiburan

PU Riz Anggap Diri Tak Layak Komen Isu Curang Orang Lain - “Nasihat Saya…”

gempak
Asyikin Mayudin
29/04/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
PU Riz Anggap Diri Tak Layak Komen Isu Curang Orang Lain - “Nasihat Saya…”
Suami kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Haris Ismail mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai kes kecurangan yang berlaku dalam rumah tangga orang lain.

Setiap Rumah Tangga Ada Ujian

Bagaimanapun, Hariz atau mesra dengan sapaan PU Riz berpendapat, dalam setiap rumah tangga pastinya ada kala berdepan dengan ujian.
“Pada pendapat saya, dalam setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Namun kalau nak komen fasal kes curang dalam rumah tangga, jauh sekali (tidak layak).
“Bagaimanapun nasihat saya kepada semua orang termasuk diri sendiri tak usah ambil tahu tentang hal rumah tangga orang,” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok UrTV.

Jangan Masuk Campur

Pada perkongsian yang sama, pendakwah selebriti itu turut menasihati orang ramai agar tidak mencampuri hal rumah tangga orang lain.
“Sesuatu itu jadi panas disebabkan ada yang terlalu nak ambil tahu. Kita ini kalau ada orang buat baik, kita tak berapa minat. Tetapi kalau orang itu buat buruk, kita boleh ingat sampai bila-bila,” ujarnya.
Tambah Haris, pasangan suami isteri boleh terus menyelesaikan kes berkenaan di mahkamah syariah sekiranya berlaku kes kecurangan.
“Lagipun sekarang ini ada saluran yang betul. Kalau sesuatu perkara itu terbukti bersalah boleh terus pergi mahkamah syariah.
@urtv_official 25 APR 24: Yang baik tak nampak tapi yang buruk...?. ? Amir Aiman/URTV #puriz #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #aliffaziz ♬ jangan pernah menyerah cover by andmesh kamelang - childofGod_
“Malah akan ada orang yang dilantik untuk utarakan pandangan dan selesaikan sesuatu isu. Orang lain cukup sekadar ambil iktibar,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: “Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies

BERITA TRENDING: Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live