Hiburan

PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

gempak
Asyikin Mayudin
17/07/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memberitahu suaminya yang juga penceramah bebas iaitu PU Riz atau Haris Ismail lebih gemar anak-anak mereka makan makanan yang dimasak di rumah.

Syukur Dapat Masak Di Rumah

Mahu elak makanan yang diproses dari luar, Neelofa melahirkan rasa syukur apabila dia mempunyai masa terluang untuk masak di rumah.

“Haris memang lebih gemar kalau anak-anak makan makanan yang dimasak di rumah. Macam biskut, nugget, kentang, capati yang dimasak oleh saya.

“Kalau boleh memang nak elak makanan proses dekat luar. Kalau boleh memang akan masak sendiri. Alhamdulillah, ada masa memang saya akan masak.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”

ARTIKEL BERKAITAN: Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”

“Saya pun ada cakap pada Haris, saya mahu luangkan masa di rumah sebab ia adalah ‘dream job’ saya nak jadi suri rumah dan ibu sepenuh masa untuk anak-anak saya.
“Saya memang suka masak, tapi tidak la suka masak hari-hari. Tapi Alhamdulillah ada sebab la saya nak bangun awal pagi. Benda pertama rutin saya akan buat sarapan pagi,” kata Neelofa kepada Gempak.

Puji Masakan Neelofa

Malah Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail turut memuji masakan Neelofa dan menganggap isterinya seorang tukang masak yang bagus.
“Bukan nak puji, walaupun dia memang isteri yang baik tapi bukan nak puji. Dia seorang tukang masak yang bagus, masakan dia baik,” ujarnya.

Fokus Besarkan Anak-Anak

Bercakap mengenai karier seni, pengacara Next To Neelofa juga berkata buat masa ini dia mahu fokus membesarkan anak-anaknya memandangkan mereka masih kecil.

“Terakhir adalah Next To Neelofa untuk Ramadan lalu, selain itu tiada. Tawaran ada tapi kalau berlakon itu tidaklah. Bukanlah ia bermaksud saya nak bersara tapi saya mahu lebih masa di rumah.

“Tapi saya tak kisah buat sesuatu untuk industri hiburan sekali sekala. Saya suka juga. Mungkin anak-anak sudah besar nanti, kita boleh susun dengan cara yang berbeza,” katamya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan Abdullah Abbas pada 11 Julai 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi saya, Jangan Matikan Asatizah Yang Baik Di Malaysia” - PU Riz

ARTIKEL BERKAITAN: Abdullah Abbas Genap Setahun, Coretan PU Riz Buat Ramai Tersentuh - “Kalau Jodoh Kehidupan Kita Tak Panjang…”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live