Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

PU Syed Suruh Safiey Bertaubat, "Gaya Hidup Sebegini Berbahaya Kerana Boleh Jadi Ikutan ..."

Zulaikha Yusof 24/08/2020 | 02:07 MYT
Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya menegaskan tindakan usahawan kontroversi, Safiey Illias melakukan pembedahan pada anggota badannya tanpa sebab yang dibenarkan agama adalah haram di sisi syarak.
Jelas PU Syed, perbuatan itu semata-mata untuk memenuhi keinginan songsang daripada seorang lelaki untuk menjadi wanita.
"Perbuatannya jelas HARAM di sisi syarak kerana mengubah ciptaan Allah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan agama.
"Lebih-lebih lagi dibuat semata-mata untuk memenuhi keinginan songsang untuk menjadi seorang wanita sedangkan jantina sebenarnya adalah seorang lelaki," tulisnya di Instagram (IG).
Sebelum ini, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias telah melakukan pembedahan menaikkan kening atau 'eyebrow lift' pada Sabtu lalu dengan anggaran kos RM30,000.
Tambah PU Syed, tindakan Safiey itu sangat berbahaya kerana boleh menjadi ikutan kepada orang lain.
"Encik Safiey telah melakukan dosa di dalam dosa, semoga dia bertaubat kepada Allah, apatah lagi dia sangat berbangga dengan apa yang sedang dilakukannya sekarang.
"Gaya hidup sebegini sangat-sangat berbahaya kerana boleh menjadi ikutan oleh orang lain.
"Safiey dan Sajat keduanya wajar ditangkap dan diberi pengajaran sebenar-benarnya. Bertaubatlah kepada Allah wahai saudaraku," tulisnya lagi.

Komen ambe Perbuatannya jelas HARAM di sisi syarak kerana mengubah ciptaan Allah tanpa sebab² yg dibenarkan agama dan lebih2 lagi dibuat semata² utk memenuhi keinginan songsang utk menjadi seorang wanita sedangkan jantina sebenarnya adalah seorang lelaki En Safiee telah melakukan dosa di dalam dosa, semoga dia bertaubat kpd Allah, apatah lagi dia sgt berbangga dgn apa yg sedang dilakukannya sekarang Gaya hidup sebegini sangat² berbahaya kerana boleh menjadi ikutan oleh orang lain Safiee dan sajat keduanya wajar ditangkap dan diberi pengajaran sebenar2nya Bertaubatlah kpd Allah wahai saudaraku Syed Bakri Al-Yahya #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Terdahulu, usahawan tersebut juga pernah mencuri tumpuan umum apabila menjalani prosedur mengecilkan pipi.
BACA: Raut Wajah Ditegur Pelik, Safiey Illias Bakal Kecilkan Pipi
BACA: Padah Buat Rawatan Estetik Tak Bertauliah, Muka Safiey Illias Bengkak Bernanah!
#pembedahan #PU Syed #Safiey
;