“Puaka Miang” - Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Yang Mula Goda Aliff Aziz Di Set
Umirah Halim
14/05/2024 23:55 MYT
14/05/2024 23:55 MYT
Selepas pengakuan sebagai kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
“Okay la mungkin malam tu betul-betul tak buat apa apa eh. Dah gitu yang lain 8 kali tu apa?,” tulisnya.
Tidak terhenti disitu, dia juga telah mendakwa Ruhainies yang memulakan langkah awal untuk menggoda Aliff sewaktu di set penggambaraan.
Untuk rekod, Ruhainies pernah membuat kenyataan sebelum ini bahawa dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya untuk makan malam bersama keluarganya sebelum ditangkap khalwat.
Setelah itu, isteri Aliff, Bella Astillah dalam satu temubul bersama pihak media bagaimanapun telah membuat pendedahan dan mempunyai bukti bahawa suaminya pernah berkunjung ke kediaman Ruhainies lebih dari lapan kali sebelum dicekup khalwat.
Terdahulu, Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz.
Dia berani berbuat demikian kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff demi menjatuhkan isteri sendiri iaitu Bella Astillah.
Selain itu, ramai juga yang terpalit dengan kontroversi ini setelah dipetik nama menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi oleh Sarah termasuk Caprice, Emma Maembong dan Chaca Maembong dan ramai lagi.
Berita Trending: "Saya Cuma Minta Hak Sebagai Bapa, Jumpa & Bermalam Dengan…
Sarah sindir Ruhainies
Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram Storynya, Sarah telah menyindir Ruhainies dan mempersoalkan kenyataan yang dibuat sebelum ini mengenai kes khalwatnya.“Okay la mungkin malam tu betul-betul tak buat apa apa eh. Dah gitu yang lain 8 kali tu apa?,” tulisnya.
Tidak terhenti disitu, dia juga telah mendakwa Ruhainies yang memulakan langkah awal untuk menggoda Aliff sewaktu di set penggambaraan.
“Orang kat set pun ada kata lah kau yang start goda goda dia dulu beb. Puaka miang,” tambahnya lagi.