Laman Utama
Puas Meraung, Bergaduh, Lembu Korban Dewi Perssik Akhirnya Sudah Disembelih
Penyanyi dangdut Dewi Perssik sempat menjadi perhatian wargamaya selepas mendedahkan tidak dibenarkan melakukan korban sempena Aidiladha oleh ketua komuniti di kawasan perumahannya.
Menerusi pendedahan yang dibuat, Dewi Perssik atau Depe ketua komuniti yang dikenali sebagai Malkan menolak melaksanakan korban buatnya atas alasan penduduk di kawasan tersebut sudah tidak memerlukan daging korban.
Dia juga mendakwa diminta membayar sejumlah wang jika ingin meneruskan niatnya melakukan ibadah korban di situ.
Malah Depe dan Malkan sempat bertemu pada petang Aidiladha untuk menyelesaikan masalah mereka namun tidak berhujung baik.
Depe juga sempat meraung dan marah kerana Malkan tetap menolak untuk memberi izin lembu miliknya disembelih dan dikorbankan di masjid tersebut.
Namun Kompas melaporkan lembu tersebut akhirnya sudah disembelih dengan dagingnya telah dipotong untuk diagihkan.
Perkembangan tersebut diakui oleh Depe menerusi satu temubual dengan YouTube Intens Investigasi.
"Ada, sudah dipotong, tinggal kita bagi-bagi," kata Depe seperti dilaporkan.
Depe bagaimanapun tidak menyatakan lokasi lembu tersebut disembelih dan bila proses itu berlaku.
Sebelumnya Malkan membantah meminta wang atau tidak memberi izin lembu milik Depe dikorbankan di masjid tersebut seperti yang didakwa.
Mengaku terasa hati dengan tindakan Depe yang hanya mengirim lembu itu untuk diletak di masjid tersebut sebelum dibawa sembelih ke tempat lain, Malkan hanya mahu binatang korban itu diambil mengikut waktu yang ditetapkan.
Pihak Depe bagaimanapun salah faham sehingga saat melakukan pertemuan, Malkan masih dengan keputusannya meminta selebriti tersebut melakukan ibadat korban di tempat lain.
Must-Watch Video