Laman Utama

Buat Korban Setiap Tahun, Wajibkah Bagi Yang Mampu?

gempak
Amri Hassan
12/06/2023
09:58 MYT
Sponsor Banner
Buat Korban Setiap Tahun, Wajibkah Bagi Yang Mampu?
Setibanya sambutan Hari Raya Aidiladha pasti ramai yang mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah korban.
Ia sebagai satu manifestasi tanda syukur seseorang hamba Allah atas segala nikmat yang diberikan selama ini.
Dalam pada itu, ibadah korban mengajar kita untuk berkongsi rezeki dengan orang lain terutama golongan yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin dan asnaf.
Lazimnya, kebanyakan individu yang melaksanakan ibadah korban ini terdiri daripada golongan berkemampuan, tidak kiralah sama ada korban satu bahagian atau seekor haiwan.
Malah, adakalanya individu sama yang melakukan ibadah korban setiap tahun.
Apakah hukumnya bagi orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan ibadah korban? Adakah wajib untuk melakukan ibadah korban setiap tahun?
Pendakwah dan penulis Ustaz Mustafar Mohd Suki menjelaskan hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad.
"Hukum korban menjadi wajib apabila seseorang mewajibkan dirinya untuk berkorban seperti seseorang yang bernazar.
"Akan tetapi, melakukan korban adalah satu amalan yang amat mulia dituntut oleh syarak. Maka amat dititikberatkan bagi mereka yang mampu melakukannya walaupun tidak wajib," katanya memetik laporan Sinar Plus.
Tambah agamawan berkenaan, Imam Al-Nabawi menyebutkan juga bahawa para ulama berselisih pendapat mengenai hukum kewajipan korban bagi mereka yang mampu.
"Secara kesimpulannya, Imam Al-Nabawi menyatakan, tidak berdosa andai meninggalkannya tanpa keuzuran dan tidak perlu diganti," ujarnya.
Sehubungan itu, pertubuhan Peduli Insan Malaysia meneruskan Kempen Qurban4Ummah 2023 sebagai usaha untuk pelaksanaan korban di luar negara terutama di negara bergolak seperti Syria, Palestin dan Yaman.
Selain Malaysia, kenapa negara-negara ini dipilih untuk Kempen Qurban4Ummah 2023?

90% rakyat Syria miskin

Kira-kira 13 juta rakyat Syria terpaksa dan dipaksa untuk berpindah dan tinggalkan kediaman. Ini berikutan tempat tinggal mereka hancur terus mahupun separa hancur akibat serangan bom atau tembakan.
Kemusnahan infrastruktur seperti hospital dan sekolah, ketiadaan sumber air, dan kemudahan lain.
12.4 juta rakyat Syria bersamaan 60% daripada populasi penduduk negara itu menderita kekurangan makanan.
90% rakyat Syria hidup dalam kemiskinan.
Selepas 12 tahun krisis Syria berlaruatan, 6 daripada 10 orang rakyat Syria didapati kelaparan dan tak tahu bagaimana untuk mendapatkan makanan.
Mengikut kajian pada 15 Mac 2022, 84% kanak-kanak terpaksa menjadi buruh demi sesuap rezeki.

60% rakyat Palestin tiada kerja

Kadar penggangguran semakin meningkat. Sekitar 60% rakyat Palestin tak mempunyai pekerjaan.
Kebanyakan rakyat Gaza tak mampu laksanakan ibadah korban. Bermakna, kebanyakan daripada mereka tak mempunyai lebihan wang.
Ekonomi Gaza sangat merunsingkan akibat daripada pengepungan dan sekatan ekonomi oleh Israel.
Siri-siri serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel juga membuatkan kehidupan mereka huru hara, memerlukan banyak duit untuk membina semula rumah dan tempat perniagaan yang telah runtuh.
Penternak juga terkesan akibat kekurangan permintaan dan pembelian haiwan korban membuatkan mereka kerugian besar.
Melaksanakan ibadah korban di sana adalah antara bukti solidariti dan kebersamaan kita bersama rakyat Palestin yang bermati-matian mempertahankan Al-Aqsa & Masjid Al-Aqsa.

4.1 juta rakyat Yaman jadi pelarian

Sejak perang lebih 9 tahun, 4.1 juta rakyat Yaman telah menjadi pelarian di negara sendiri dan 21.6 juta rakyat Yaman kini sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.
The Global Hunger Index kini meletakkan Yaman sebagai negara yang paling teruk berhadapan krisis kelaparan.
Berjuta-juta kanak-kanak Yaman mengalami malnutrisi (kekurangan zat nutrisi yang teruk). Di sesetengah kawasan, 95% kanak-kanak di situ berhadapan malnutrisi. 2.2 juta kanak-kanak Yaman di bawah umur 5 tahun kebuluran.Dalam masa yang sama, hospital-hospital di Yaman telah dibanjiri oleh kes-kes kanak-kanak kekurangan zat.
Malah hospital di sana juga tak dapat berfungsi dengan baik. Mereka kekurangan tenaga pakar, tenaga kerja dan juga kewangan.
1.3 juta wanita Para wanita mengandung dan menyusukan anak juga gagal mendapat zat yang sepatutnya pada sepanjang tahun 2022 sahaja. Mereka juga mengalami malnutrisi.

Kenapa perlu laksanakan ibadah korban bersama Peduli Insan?

1. Peduli Insan sudah berpengalaman selama menguruskan ibadah korban di Syria.
2. Fokus Peduli Insan adalah untuk membantu saudara-saudara kita di negara konflik dengan melaksanakan ibadah korban di negara-negara yang bergolak. Di mana rakyatnya tertindas dan dizalimi.
3. Peduli Insan mempunyai ladang ternakan sendiri di Syria. Setiap haiwan sembelihan dijaga dengan sangat baik dan diberi makan makanan yang sangat berkualiti. Malah ada doktor haiwan (veterinar) yang memeriksa tahap kesihatan setiap haiwan ternakan.
4. Proses sembelihan, melapah dan agihan dilakukan oleh team Peduli Insan sendiri. Segala proses dilakukan dengan sangat cermat dan teliti.

Info lanjut Kempen Qurban4Ummah 2023

Kempen Qurban4Ummah 2023 melibatkan empat buah negara iaitu Malaysia, Syria, Palestin dan Yaman.
Bantuan utama berbentuk daging mentah segar akan diberikan kepada setiap keluarga yang memerlukan dan mempunyai kelengkapan peralatan memasak manakala juadah panas siap hidang akan diberikan kepada setiap keluarga penerima bantuan khususnya di Syria, Palestin dan Yaman.
Pakej korban yang disediakan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bermula dengan hanya serendah RM800 sahaja.
Penyertaan diterima sehingga 28 Jun 2023.
Setiap penyertaan yang diterima akan disertai dengan video serta gambar penyembelihan usai dilaksanakan ketika Hari Raya Aidiladha.
Bantuan akan diberikan kepada balu, anak-anak yatim, orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan akibat kesan dari peperangan serta fakir miskin.
Peserta akan menerima sijil penyertaan digital dalam format PDF serta akan mengetahui segala perkembangan berkaitan ibadah korban menerusi group WhatsApp.
Daftar ibadah korban atau sedekah adha di https://ezy.la/csu
Layari laman web rasmi Peduli Insan www.peduliinsan.org untuk maklumat lanjut atau hubungi nombor talian Peduli Insan - 013-3968840 atau 017-7444595.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024