Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.

Sudah mencecah kutipan sebanyak RM4 juta dalam masa 18 hari tayangan di Astro First, ramai wargamaya berkongsi mesej-mesej dan pengajaran yang mereka perolehi selepas menonton 18 Puasa Di Kampong Pisang.

Menerusi laman sosial Facebook, wargamaya berkongsi pendapat mereka tentang tiga pengajaran utama yang memberi kesan pada mereka.

“Antara part aku tengok paling gerun dan sedih jatuhhh ayaq mata akuuu. 18 Puasa kali ni Memang menginsafkan Kita semua. Berpuasalah kamu, tunaikanlah zakat Kamu dan janganlah kamu memakan harta anak-anak yatim. Sebanyak mana dosa kamu lakukan selagi kamu tidak bertaubat kepada Allah SWT kamu tidak Akan selamat Dan neraka Lah Ditempatmu,” tulis seorang wargamaya.

“Korang tak faham banyak mesej yang Mamat Khalid nak sampaikan. Part Paling aku takot bila Berkoba kena seksa neraka 1.puasalah kamu, 2.Bayarlah zakat dan 3.jangan makan Harta anak-anak yatim,” komen seorang wargamaya lagi.

Filem ini masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).

Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.