Puji Energy Peminat Di Malaysia, Jessi Janji Mahu Datang Lagi Ke Malaysia! - "Sebenarnya Saya Tak Sihat, Tapi ..."
Asyraf Roslan
16/10/2024 04:55 MYT
16/10/2024 04:55 MYT
Penyanyi popular Korea, Jessi akui teruja melihat semangat yang diberikan oleh peminat sewaktu membuat persembahan di konsert Borneo Sonic Music Festival 2024 (BSMF 2024).
Meskipun tidak berapa sihat namun dengan tenaga yang diberikan oleh peminat membuatkan pelantun lagu Zoom itu turut bersemangat untuk memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir ke konsert tersebut.
"Saya sebenarnya tidak berapa sihat malam ini.
"Tapi dari tenaga yang anda semua berikan ia membuatkan saya bersemangat dan mahu lakukan yang terbaik untuk anda semua," ujar Jessi pada Sabtu.
Melihat kemeriahan di BSMF2024, Jessi atau nama sebenarnya Jessica Hyun-ju Ho,36, berjanji mahu berkunjung lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert.
"Ini pertama kali saya ke Malaysia, dan saya suka melihat semangat ini. Saya janji akan datang ke Malaysia lagi.
"Kalau saya buat konsert ada yang mahu datang? (Disambut dengan sorakan peminat)
"Saya janji akan datang lagi dan jangan lupa dengar lagu baharu yang akan saya lancarkan nanti," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: BSFM: Ramai Makan Hati Abang Cameraman Ajar Jessi Cakap ‘I Love You’ Dalam Bahasa Sarawak - "Dekat Sangat Tu..."
ARTIKEL BERKAITAN: Afgan Ulas Aksi Mesra Bersama Jessi Dalam Video Muzik ‘Escape’ - “Sama Macam Kita Selalu Lakukan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bersenam Tanpa Mekap, Netizen Puji Ifa Raziah Cantik, Disamakan Dengan Bintang K-Pop Jessi
Jessi juga sempat berlari bagi mendapatkan telefonnya untuk merakam peminat-peminatnya yang hadir bagi menyaksikan persembahannya di Stadium Sarawak.
Di BSMF 2024, Jessi telah menyampaikan beberapa buah lagu popularnya iaitu Smoke, Gucci, Gum, Zoom dan Nunu Nana.
Selain Jessi antara penyanyi yang terlibat untuk hari kedua BSMF2024 adalah Dolla, Judika, Yuna dan DJ Blink.
Untuk Info, Borneo Sonic Music Festival diadakan selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober 2024 di Stadium Sarawak, Kuching dan merupakan Festival muzik terbesar di Borneo.