Puji Orkestra Malaysia, Ahmad Dhani Okay Jika Penonton Tak ‘Bergoyang’
Maliah Surip
29/09/2023 11:50 MYT
29/09/2023 11:50 MYT
Belum pernah bertemu tetapi hanya mendengar dan menonton sesi latihan pemain orkestra Malaysia menerusi video sebelum tiba di tanah air, pengasas, pemuzik dan penyanyi Dewa 19, Ahmad Dhani sudah tahu kolaborasi mereka pada Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia malam ini pasti gah.
Hal itu kerana kata Dhani daripada penghayatan seorang ahli muzik, beliau menyifatkan 54 pemuzik orkestra yang akan mengiringi konsert di Axiata jauh lebih baik berbanding Indonesia.
“Saya sudah mendengar sesi latihannya. Sebagai ahli muzik, rasanya kumpulan orkestra di Malaysia lebih bagus daripada Indonesia walaupun saya hanya mendengar daripada video,” katanya pada sesi sidang akhbar semalam.
Malah usai sidang akhbar, media dipertontonkan dengan sesi latihan yang memperlihatkan chemistry di antara Dewa 19 dan 54 pemuzik orkestra Malaysia meski pertama kali berkongsi panggung.
Kata Dhani pujian itu bukan sembarangan tetapi melihat kepada faktor barisan muzik dengan pelbagai latar belakang di antara tempatan serta antarabangsa selain di Indonesia, orkestra masih belum dibiayai oleh kerajaan.
“Kalau di Indonesia, pemain orkestranya semua orang tempatan. Lagipun, muzik orkestra ini bukan budaya kita kerana ia merupakan budaya barat. Mereka lebih berkualiti,” katanya lagi.
Malam ini Dewa 19 akan memainkan sekitar 34 buah lagu yang disifatkan bukan berbaur hiburan semata-mata tetapi mempunyai ‘nilai’ untuk diperdengarkan secara lebih ‘mewah bunyian’.
Beliau juga menyifatkan format orkestra yang dibawa pertama kali jauh sehingga ke Malaysia sebagai sebuah persembahan ‘makanan jiwa’.
“Semakin berusia, kita perlukan bunyi-bunyian muzik yang mahal. Muzik orkestra ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi juga merupakan makanan jiwa.
“Jadi kami tidak akan membawa lagu seperti Angin atau Kamulah Satu-Satunya kerana lagu-lagu tersebut bersifat hiburan.
“Saya tahu bermain dengan orkestra tidak mudah dan aada tertibnya misalnya tidak boleh bising.
“Tapi saya mahu penonton kali ini fokus dan bukan hanya berhibur semata-mata. Jadi kalau ada yang tidaka bergoyang (berjoget kerana konsep duduk), saya tidak kecil hati,” kata Dhani yang memilih Shila Amzah, Amir Masdi dan Jaclyn Victor sebagai penyanyi undangan pada konsert kali ini.
BACA: Tak Boleh Nyanyi Lagu Dewa 19, Once: “Wow Aneh, Sudah Lama Tidak Dilarang”