Laman Utama

Tak Boleh Nyanyi Lagu Dewa 19, Once: “Wow Aneh, Sudah Lama Tidak Dilarang”

Maliah Surip
07/04/2023
12:45 MYT
Polemik Ahmad Dhani melarang salah seorang mantan vokalis Dewa 19, Once untuk menyanyikan lagu-lagu dari kumpulan tersebut masih terus hangat dibicarakan dalam dunia hiburan Indonesia.
Dhani melarang Once mendendangkan lagu-lagu Dewa 19 memandangkan kumpulan tersebut akan mengadakan beberapa buah konsert besar dalam masa terdekat.
Memberi respons kepada larangan Dhani, Once mengaku dirinya sudah lama tidak dilarang oleh sesiapapun untuk tidak melakukan hal-hal yang diinginkannya.
Ini termasuklah soal dilarang menyanyikan lagu-lagu Dewa 19.
“Wow saya rasa aneh kerana sudah lama tidak dilarang-larang. Rasanya kali terakhir dilarang masa saya masih di sekolah menengah.
“Rasa macam jumpa orang tua dan kemudian dilarang lakukan sesuatu,” katanya seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Once juga mengaku sudah lebih satu tahun tidak dibawakan dalam mana-mana persembahan.
“Sudah satu tahun terakhir ini saya tidak pernah bawakan lagu Dewa 19 di dalam persembahan solo.
“Jika ada pun, lagu Cemburu kerana saya juga terbabit menciptakan lagu tersebut untuk album Bintang Lima.
“Saya suka nadanya. Saya yang bikini chord di lagu Cemburu,” ujar Once lagi.
Meski tidak bersetuju dan sakit hati dengan larangan yang dikeluarkan Dhani, Once tetap terbuka untuk duduk menyelesaikan masalah mereka.
“Saya terbuka untuk duduk berbincang dan membawa masalah ini sebenarnya mahu ke mana atau diselesaikan macam mana? Secara undang-undang atau apa? Saya terbuka,” katanya lagi.
Diketahui Once adalah salah satu mantan vokalis Dewa 19 yang cukup lama bersama kumpulan itu. Antara lagu-lagu popular Dewa 19 yang didendangkan Once bersama kumpulan tersebut adalah Separuh Nafas, Larut, Selimut Hati dan Laskar Cinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).