Hiburan

“Pukul 10 Pagi Polis Ketuk Pintu Rumah, Aku Buka Terkejut…” - Mamak Puteh

gempak
Asyikin Mayudin
06/01/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Pukul 10 Pagi Polis Ketuk Pintu Rumah, Aku Buka Terkejut…” - Mamak Puteh
Pelawak Mamak Puteh mengakui pemergian Allahyarham bapa mentuanya memberi kesan kepada kehidupannya sehingga kini.

Kehilangan bapa mentua

Mengimbau detik sedih tersebut, Mamak memberitahu sebelum mengetahui mengenai berita kematian bapa mentuannya, dia dan isterinya bekerja sehingga lewat pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Sulung Mamak Puteh Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

“Ada satu benda yang aku trauma… dalam Raja Lawak ini, sepanjang perjalanan banyak dugaan yang aku rasa macam mana nak hadap benda ini.

“Aku kehilangan bapa mentua aku. Sampai satu tahap aku fikir, fasal apa benda ini tuhan bagi aku jadi macam ini ya. Kau bayangkan waktu bapa mentua aku meninggal 5 pagi.

“Masa itu, aku kerja radio waktu malam, bini aku kerja balik pukul 3 pagi. Aku dah habis radio kul 12, aku ambil dia dekat Taman Melawati,” kongsinya menerusi podcast di TikTok Inspirasi.MY.

Cas HP dekat luar

Memilih untuk cas bateri telefon bimbit di luar bilik, Mamak tidak menyangka tindakannya itu membawa padah kerana tidak menyedari panggilan dan mesej yang memaklumkan tentang bapa mentuannya.
“Balik rumah, saja letak handphone dekat luar untuk cas. Pukul 10 pagi ada orang ketuk pintu rumah ‘aku polis’. Aku buka terkejut, polis bagi satu nama bini aku tapi bukan nama bini aku.

“Polis itu cakap bapa dia meninggal. Tapi aku cakap bukan nama bini aku. Polis itu pun cari tempat lain. Aku terfikir juga kenapa polis datang rumah aku. Aku tengok handphone, ada 300 panggilan tak terjawab.

“Ada mesej berlambak-lambak, buka mesej bapa mentua aku meninggal. 10 pagi baru aku tahu, bapa mentua meninggal 5 pagi atas sampan,” ujarnya.

Impian tak kesampaian

Bagaimanapun impian Mamak agar isterinya dapat bertemu dengan bapanya buat kali terakhir tidak kesampaian.

“Bila dapat tahu, harapan aku satu saja, nak bagi jumpa bini aku dengan bapa dia. Bini aku ada dalam bilik, aku hanya minta dia tengok mesej. Dalam kepala otak aku adalah satu saja impian.

“Ya Allah kalau aku tak dapat tengok tak apa, bagi bini aku saja. Aku sampai tak dapat. Sejak perkara itu, sampai sekarang ini, aku tak pernah tinggalkan telefon sentiasa ada sebelah,” katanya lagi.
@inspirasi.my Cerita yang dikongsi ni boleh dijadikan pengajaran buat kita juga. Bayangkan kita tak sempat tengok wajah ayah kita di saat-saat akhir sebelum beliau dikebumikan. Allahu sedih juga bila dengar cerita @mamakputeh . Lepas satu, satu dugaan yang Mamak & isteri kena hadap. ? Raja Lawak Podcast Setiap Isnin jam 8.30 malam Hanya di Youtube channel InspirasiMY Pengacara : @RAA @Azadsyaziraroses Penaja : @Kopi Saigon HQ #RajaLawakPodcast #KongsiInspirasiMY #KopiSaigon @mamakputeh ♬ original sound - Inspirasi.MY
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024