,
Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: Tersingkir Minggu Ketujuh, Kumpulan Gebu Tetap Syukur Sampai Ke Suku Akhir - “Kami Jangka…”

Asyikin Mayudin
07/11/2024
04:55 MYT
Kumpulan Gebu tidak menyangka mereka akan bertahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sehingga minggu suku akhir pada Ahad lalu.
Ilham Abata berkata dia dapat membina persahabatan dengan peserta MLS4 selain mencipta kenangan di pentas komedi itu.
“Sebenarnya berada di minggu suku akhir pun dah kira jauh bagi kami. Sebab kami jangka sampai minggu keempat atau lima sahaja. Tapi tak sangka sampai suku akhir, Alhamdulillah.
“Sepanjang berada di pentas MLS4 ini, saya dapat persahabatan dengan ahli kumpulan dan kumpulan yang bertanding. Selain itu, dapat juga kenangan.
“Saya memang jarang ke suku akhir, tapi bila dengan Mamak dan Sarah, Alhamdulillah, sampai juga,” kata Ilham kepada Gempak.
Dalam pada itu, Mamak berkata dia sudah berpuas hati dengan persembahan kumpulannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.
“Untuk saya sendiri berpuas hati la sebab ini adalah satu-satunya group yang baru, yang tak pernah bersama. Alhamdullilah saya bersyukur sampai minggu ketujuh.
“Terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan,” ujarnya.
Kumpulan Gebu yang dianggotai oleh Mamak Puteh, Ilham Abata dan Puteri Sarah gagal menempatkan diri ke separuh akhir MLS4 selepas tersingkir minggu ketujuh.
Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).
Juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Abon Atas Permintaan Peminat, Deroyan Menangis Terlalu Rindu Arwah Mr. Os - “Sampaikan Saya Dah Tak Boleh…”

gempak
19/11/2024
12:55 MYT
Salah seorang anak kepada Allahyarham Mr. Os iaitu Dewa berkata idea untuk membawa pelawak otai, Abon ke pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 tercetus selepas membaca mesej daripada peminat.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Pikul Tanggungjawab Besar, Anna Jobling Seronok Jadi Juri Sepanjang 9 Minggu - “Mungkin Ramai Pertikaikan…”

gempak
19/11/2024
05:55 MYT
Pertama kali menjadi juri Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), pelakon Anna Jobling mengakui ia bukanlah satu tugas yang mudah selain perlu memikul tanggungjawab yang besar.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: “Aku Saksi Penat Lelah Badan & Mental Dia…” - Isteri Acap S

gempak
19/11/2024
04:55 MYT
Perkongsian isteri kepada pempengaruh Acap S iaitu Adriana Affendi sempena kemenangan suaminya di Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Menangis Setiap Minggu, Sarkas Jawab Dakwaan Netizen Kata Hanya Danial Zaini ‘Function’ Dalam Kumpulan - “Kalau Saya Tak Ada…”

gempak
18/11/2024
07:55 MYT
Diumumkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), kumpulan Sarkas yang dianggotai oleh Danial Zaini, Acap S dan Shashic meluahkan rasa syukur.
Unitar