Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Pukul 10 Pagi Polis Ketuk Pintu Rumah, Aku Buka Terkejut…” - Mamak Puteh

Asyikin Mayudin 06/01/2025 | 23:55 MYT
Pelawak Mamak Puteh mengakui pemergian Allahyarham bapa mentuanya memberi kesan kepada kehidupannya sehingga kini.

Kehilangan bapa mentua

Mengimbau detik sedih tersebut, Mamak memberitahu sebelum mengetahui mengenai berita kematian bapa mentuannya, dia dan isterinya bekerja sehingga lewat pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Sulung Mamak Puteh Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

“Ada satu benda yang aku trauma… dalam Raja Lawak ini, sepanjang perjalanan banyak dugaan yang aku rasa macam mana nak hadap benda ini.

“Aku kehilangan bapa mentua aku. Sampai satu tahap aku fikir, fasal apa benda ini tuhan bagi aku jadi macam ini ya. Kau bayangkan waktu bapa mentua aku meninggal 5 pagi.

“Masa itu, aku kerja radio waktu malam, bini aku kerja balik pukul 3 pagi. Aku dah habis radio kul 12, aku ambil dia dekat Taman Melawati,” kongsinya menerusi podcast di TikTok Inspirasi.MY.

Cas HP dekat luar

Memilih untuk cas bateri telefon bimbit di luar bilik, Mamak tidak menyangka tindakannya itu membawa padah kerana tidak menyedari panggilan dan mesej yang memaklumkan tentang bapa mentuannya.

“Balik rumah, saja letak handphone dekat luar untuk cas. Pukul 10 pagi ada orang ketuk pintu rumah ‘aku polis’. Aku buka terkejut, polis bagi satu nama bini aku tapi bukan nama bini aku.

“Polis itu cakap bapa dia meninggal. Tapi aku cakap bukan nama bini aku. Polis itu pun cari tempat lain. Aku terfikir juga kenapa polis datang rumah aku. Aku tengok handphone, ada 300 panggilan tak terjawab.

“Ada mesej berlambak-lambak, buka mesej bapa mentua aku meninggal. 10 pagi baru aku tahu, bapa mentua meninggal 5 pagi atas sampan,” ujarnya.

Impian tak kesampaian

Bagaimanapun impian Mamak agar isterinya dapat bertemu dengan bapanya buat kali terakhir tidak kesampaian.

“Bila dapat tahu, harapan aku satu saja, nak bagi jumpa bini aku dengan bapa dia. Bini aku ada dalam bilik, aku hanya minta dia tengok mesej. Dalam kepala otak aku adalah satu saja impian.

“Ya Allah kalau aku tak dapat tengok tak apa, bagi bini aku saja. Aku sampai tak dapat. Sejak perkara itu, sampai sekarang ini, aku tak pernah tinggalkan telefon sentiasa ada sebelah,” katanya lagi.

undefined
#Mamak Puteh #Polis #Trauma #Bapa Mentua #Isteri Mamak Puteh
;