Pulang Bercuti Di Malaysia, Netizen Puji Ketampanan Anak Norazah Aziz!

Kamaruddin Razal
April 17, 2018 11:54 MYT
Masih ingat lagi dengan aktres popular 90-an, Norazah Aziz? Pastinya ada yang merindukan aksi lakonannya dalam drama bersiri Cinta Korporat dan Idaman.
Mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy Abdullah semenjak 22 tahun lalu, wanita yang mesra disapa sebagai Azah ini dikurniakan tiga orang anak, Aaron, 22, Brian, 15 dan Justin 12 tahun.
Azah yang kini menetao di Montreal, Canada ini sering berinteraksi dengan peminat menerusi laman sosial Instagram miliknya, @azahmontreal.
Menerusi kemas kini terbaru laman Instagram Azah, pelakon telefilem Selamat Hari Jadi Su ini pulang bercuti di Kuala Lumpur bersama anak sulungnya, Aaron untuk bertemu dengan keluarga dan menyelesaikan beberapa urusan.
Azah sempat menghabiskan masa bersama keluarga kakaknya dan Azah turut menghilangkan kerinduan menjamah makanan kegemarannya, mi kari dan durian.
Dalam pada itu, Azah sempat mengajar anaknya untuk menikmati durian buat pertama kalinya dan memuat naik sedutan video pengalaman pertama Aaron makan durian.
"$10 for eating durian lol. First time for Aaron, tomorrow fasih cakap Malay," tulis Azah.
Selain terhibur menyaksikan gelagat lucu Aaron yang sedang menikmati durian, netizen sempat memuji ketampanan rupa paras Aaron.
"Haha comel je muka telan durian," tulis seorang pengguna bernama aina_sm88.
"Cute lah makan durian," tulis mrsronakami.
"Kalau jadi pelakon. Mesti boleh menang anugerah artis paling handsome," tulis anniezaharul.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Azah
#pelakon #Pelakon #Norazah Aziz