UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Gaya Hidup

Pulau Pinang Catat Kadar Obesiti Tertinggi, Lebih Tinggi Dari Purata Nasional

Amri Hassan 11/02/2025 | 13:30 MYT
Pulau Pinang yang terkenal sebagai syurga makanan kini turut mencatat satu lagi ‘rekod’ – negeri dengan kadar obesiti tertinggi di Malaysia!

BERITA TRENDING: Berat Melebihi 100KG, Pegawai Kerajaan Korea Utara Cuba Cari Ubat Untuk Masalah Obesiti Kim Jong Un

BERITA TRENDING: Saintis Dari China Temui Gen Lawan Obesiti?

BERITA TRENDING: Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?

Menurut laporan The Star, Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad mendedahkan bahawa 56.5% penduduk Pulau Pinang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti, angka yang lebih tinggi daripada purata nasional sebanyak 54.4%.
"Bukan itu sahaja, kadar kolesterol tinggi di negeri ini juga mencatat 37.4% berbanding 33.3% secara nasional, manakala tekanan darah tinggi mencatat 35.4% berbanding purata kebangsaan 29.2%," kongsinya.
Lebih mengejutkan, 20.5% penduduk dewasa di Pulau Pinang menghidap diabetes, jauh lebih tinggi berbanding purata nasional yang hanya 15.6%.
Dr. Dzulkefly turut mengingatkan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, lebih-lebih lagi dengan Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2035, di mana 15% penduduk akan berumur 60 tahun ke atas.
Pada tahun 2024 sahaja, golongan warga emas 60 tahun ke atas sudah pun mewakili 11.6% atau 3.9 juta individu daripada jumlah penduduk negara.
Jadi, kepada ‘kaki makan’ di Pulau Pinang, makan sedap boleh, tapi jangan lupa jaga kesihatan juga!
Sumber; The Star
#Viral #Gaya Hidup #Makanan #Pulau Pinang #Obesiti #Dr. Dzulkefly
;